Selasa, 14 Oktober 2014

Rendah tekanan darah,apa simptomnya?

Bertemu kembali dalam perkongsian entri saya kali ini iaitu tekanan darah rendah,apa simptomnya.Kebanyakkan daripada kita pernah mengalami simptom pening,mudah pitam,pucat malah berasa seram sejuk walaupun pada hari cuaca yang panas.Gejala tekanan darah rendah ini jangan dipandang biasa-biasa sahaja kerana boleh membawa maut.Mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan sekiranya mengalami kes seperti ini...

Tahukah anda apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan rendah juga dikenali sebagai Hipotensi @ 'Low BP' sebenarnya lebih sukar untuk diubati berbanding tekanan darah tinggi. Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya. Contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh, atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Tidak seperti hipertensi (tekanan darah tinggi), hipotensi merupakan keadaan di mana tekanan darah yang tidak normal kerana tekanan yang terlalu rendah. Walaupun kedua-duanya tidak normal, namun ia biasanya tidak diberi perhatian berbanding hipertensi.

Rawatan untuk hipertensi adalah lebih mudah berbanding hipotensi, kerana ubatnya mudah diperolehi. Sementara ubat untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya.

Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkan gangguan kesihatan yang kronik. Oleh kerana itu, hipotensi tidak menyebabkan orang ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan.

Bacaan Untuk Tekanan Rendah

Hypotension adalah istilah perubatan merujuk kepada tekanan darah rendah (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gelaja

Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat)

    Andai bacaan tekanan darah kita melebihi 130/85 mmHg, itu tandanya tekanan darah tinggi.
    Andai bacaan tekanan darah kita kurang 130/75 mmHg itu tandanya tekanan darah rendah.
    Kebiasaanya bacaan bagi tekanan darah rendah yang serius adalah 90/60 mmHg.

Tanda-tanda tekanan darah rendah :

    Pening, sakit kepala (kepala rasa melayang)
    Sering menguap
    Penglihatan kurang jelas (rabun)
    Kurang fokus
    Loya atau perut merasa tak selesa (sakit perut)
    Lemah badan (rasa sejuk)
    Lesu, kulit lembap
    Mudah berpeluh
    Merasa cepat lelah/sesak nafas terutama bila cuaca panas
    Muka pucat
    Tangan dan kaki kebas
    Pengsan (tahap serius)

Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah Rendah

    Vita-Lea -  multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan
    B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress.

Sebaik-baiknya, kenal pasti punca tekanan darah rendah terjadi.

Tips mengatasi ketika mengalami Tekanan Darah Rendah

Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala.

    Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagai penyakit berbahaya.
    Minum lebih banyak air - terutama ketika cuaca panas dan selesema. Air yang mengandungi natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan.
    Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan, Setelah itu, barulah bangun berdiri
    Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti
    Makan dalam sejumlah yang sedikit tetapi kerap
    Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan sebarang penyakit.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.


Posted via Blogaway

2 ulasan:

  1. Tahniah atas info yang bermanfaat! Keep on sharing kerana ramai yg memerlukannya :)

    www.bondasihat.com

    BalasPadam
  2. Tekanan darah rendah ni bahayakan..saya klu darah rendah rasa nk pitam pun ada..huhu

    BalasPadam

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews