Ahad, 19 Oktober 2014

Rawati masalah kencing kotor hanya dengan shaklee

Salam damai dan selamat berhari minggu!Bagi para pembaca entri blog irenevitamin ini saya ingin ucapkan terima kasih kerana membaca coretan saya kali ini.Hari ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya terkena kencing kotor pada tahun 2012 lalu.Agak lama berlalu namun boleh menjadi panduan kita bersama . Sebenarnya pada masa tersebut saya belum lagi mengenali Syarikat shaklee ini lagi..Saya pada masa tersebut hanya mendapatkan rawatan daripada doktor swasta sahaja.Almaklumlah masa tu hari bekerja dan pada petang hari nya baru berkesempatan berjumpa doktor.Ubatan ni saya makan dalam 2-3 hari juga lah dan memang berkesan.Tapi untuk jangka masa panjang tak tahu la pula kan..Jadi jom kita teruskan pembacaan tentang kaedah rawatan dan cara atasinya hanya dengan supplemen semulajadi ni...

Kencing tidak lawas @ dalam bahasa Inggerisnya Urinary incontinence (Kita ringkaskan sebagai UI)adalah masalah di mana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing.Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil(terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang  tidak dapat dikawal lagi.Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.

Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif.Jika otot yg menutup salur kencing lemah,kita akan terkucil masa bersin,ketawa atau mengangkat benda berat.Ini dinamakan stress incontinence.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif,kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yg sedikit.Ini dipanggil urge incontinence atau overactive bladder.

Ada beberapa penyebab IU contohnya seperti :
1.Masalah prostat
2.Kerosakan saraf yg menghubungkan pundi kencing dan otak spt stroke,Alzheimer dan multiple sclerosis.
3.Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4.Paras estrogen rendah dlm wanita
5.Kesan sampingan sesetengah ubat
6.UTI(urinary tract infection)
7.Kerap sembelit
8.Mempunyai berat badan berlebihan
9.Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik

Rawatannya pula bergantung kepada jenis masalah yg kita alami serta gaya hidup yg sesuai untuk kita.
Ia juga termasuk senaman ringan atau rawatan perubatan.

Supplement shaklee yg membantu:
*Alfalfa
Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian untuk mencuci saluran kencing yang terkena jangkitan kuman.Ianya bersifat alkali untuk menghilangkan keasidan dalam badan.Boleh menghilangkan toksin dari badan.

*Garlic
Ditanam secara premium iaitu bebas daripada racun perisa dan ditanam secara organic di California,United States of America semasa musim panas.Garlic merupakan antibiotik semulajadi dan selamat digunakan untuk jangka masa panjang sebagai membantu meningkatkan sistem imun tubuh.Pengambilan secara konsisten dapat menentang bakteria yang terdapat pada saluran kencing dan memperbaiki kesihatan seperti menghalang pembengkakkan pada pundi kencing.

TIPS PEMAKANAN UTK PENGHIDAP KENCING TAK LAWAS

1.Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur.Amalkan minum air di waktu pagi.

2.Elakkan minum air yg bersifat diuretik seperti minuman berkafein seperti kopi dan teh.

3.Elakkan makanan pedas yg boleh  menyebabkan kerandangan salur kencing

4.Elakkan makanan tinggi lemak yg boleh menyebabkan obesiti.Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.

5.Elakkan gula berlebihan.Tinggi aras gula dalam darah boleh menyebabkan anda kencing manis pula.

Sekian saja perkongsian saya tentang masalah kesihatan yang kerap kali mengancam wanita ni.Saya pesankan juga jangan pandang biasa masalah ni kerana kesihatan anda amatlah berharga!
Jumpa lagi!

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.


Posted via Blogaway

1 ulasan:

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews