Jumaat, 27 Februari 2015

Resepi Nasi Ayam Special!

Hai pembaca entri blog irenevitamin!
Petang ni nak cerita tentang makanan kesukaan saya . Kiranya makanan faveret yang sering diorder apabila makan di luar.Hehe..Jangan hairan ya sambil bwrshaklee kita juga masih boleh menikmati makanan kegemaran yang sedap hingga menjilat jari!Ops...Mari saya kongsikan resepi ni ya,esok hari Sabtu,manatau ada masa boleh cuba resepi ni untuk keluarga..


RESIPI PILIHAN - Nasi Ayam

NASI

3 pot beras (basuh beras bersih-bersih dan toskan)
garam
daun pandan
serbuk perasa ayam

SUP

Potongan ayam dan rebuskan ayam beserta
dengan serbuk perasa ayam dan garam.

BAHAN HIRIS

7 biji bawang putih
5 biji bawang merah
4 inci halia
1 kiub ayam
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara masak nasi ayam

Panaskan marjerin. Tumis rempah kasar beserta bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau. Masukkan sedikit tumisan beserta minyak ke dalam kuah. Selebihnya, masukkan ke dalam periuk nasi. Kemudian, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

AYAM

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap manis
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap, lumurkan. Panaskan minyak dan goreng ayam, tak perlu lama sebab ayam dah masak. Sampai nampak cantik, terus angkat. Cara hidangan terpulang sama ada nak potong atau seketul-seketul.

KUAH LADA

3 biji lada hidup merah
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
seinci halia
*blend kesemua bahan

KUAH KICAP

*Guna baki perapan ayam tadi. Campurkan dengan kuah sup. Kalau cair, tambah lagi kicap lemak manis.Apa2 brand pun boleh...

BAHAN HIASAN

Salad (jika suka)
Timun
Tomato

Senangkan? walaupun simple sahaja, tapi cukup semua ada. Salad, tomato, timun, ayam dan nasi.
Hidangan yang sedap dan berkhasiat..boleh la mencuba selepas ni ya..


Read more...

Khamis, 26 Februari 2015

Bagaimana sertai kami?

Cara Jadi Ahli Shaklee

Anda berminat untuk menjadi Ahli Shaklee / Pengedar Sah Shaklee?

Jom kita lihat apa faedah-faedah yang Shaklee tawarkan…

FAEDAH AHLI ( PENGEDAR)

1. Dapat keuntungan dari Harga Runcit iaitu hingga 33%

2. Bonus peribadi dari penjualan produk. (Minima 150uv sebulan)

3. Bonus peribadi yg di terima tertakluk kepada jumlah point uv yg terkumpul. Semakin besar point yg di kumpul sebulan tu, semakin tinggi pembayaran % bonus kita nanti. % bonus bermula dari 5% hingga 21%

4. Pengedar yg mencapai Rank sekurang2nya pangkat Supervisor akan dapat ganjaran extra insentif dari shaklee.

5. Bonus kepimpinan

6. Bonus tambahan

7. Insentif kenderaan

8. Insentif percutian



KEISTIMEWAAN GROUP KAMI:

1. Dinaungi oleh  Master Coordinator

2. Kelas bimbingan Online dan Offline

3. Kumpulan sokongan tertutup di FB dan chat group

4. Tips-Tips dan motivasi yang berterusan

5. Aktiviti2 lain yg dianjurkan di setiap negeri

BAGAIMANA HENDAK MULA MENJADI AHLI?

ANDA BOLEH PILIH SALAH 1 PAKEJ DI BAWAH:

1. Pembayaran keahlian seumur hidup sebanyak RM75/  RM85 (SS) ATAU

Dapatkan KEAHLIAN PERCUMA apabila:

1. Membuat pembelian sebarang produk yang berjumlah 200uv        (RM 650)

Atau

2. Membeli 2 botol vivix

PERLU KE MAINTAIN POINT??

Tidak perlu sekiranya anda sekadar ingin menjadi ahli shaklee. Sekiranya anda ingin menjadi pengedar dan ingin menikmati insentif-insentif yang diberikan shaklee, anda wajib maintain point.

RUGI KE KALAU SAYA SEKADAR MAKAN PRODUK SHAKLEE TANPA MENJADI AHLI?

Sudah tentulah anda Rugi . Sekiranya anda membuat belian dgn menggunakan ID sendiri, dah tentulah point akan terkumpul di dlm ID anda.. dan ianya tidak mustahil untuk anda mencapai 150uv sebulan sekiranya anda membuat belian berkumpulan dari ahli keluarga, kawan-kawan dan saudara mara.

Berminat untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee sekarang?

Bolehlah hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Daerah Tenom,Sabah.
Irene Chew
Talian whatsapp / sms / telefon
�� 0128373981 ��
Emel;irene_adel26@yahoo.com
FANPAGE FB : https:// www.facebook.com.irenevitamin.com


Read more...

Rabu, 25 Februari 2015

Supplemen untuk ibubapa & warga veteran

SET KESIHATAN IBUBAPA/ORANGTUA


VITA- LEA ( MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL)

Multi vitamin yang hebat, seimbang dan paling komprehensif dalam sains Shaklee. Vita-lea diformulasikan
khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting untuk orang dewasa.

Vita-lea boleh bantu kita dengan:


  ♡  Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
  ♡  Menyokong jangkahayat hati, usus dan kesihatan mata.
  ♡  Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  ♡  Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.

OSTEMATRIX ( KALSIUM )

Suplemen kesihatan tulang diformulasasi khas dengan campuran nutrien binaan tulang yang berkualiti
tinggi bagi meningkatkan daya penyerapan kalsium dan membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat.

Ostematrix membekalkan :

♧    1,000mg ( 100% pengambilan harian ) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
♧    400mg ( 100 % pengambilan harian ) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
♧    400IU ( 100 % pengambilan harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)

♡    Meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.
♡    Membantu mengekalkan tulang rawan.
♡    Memelihara tisu penyambung yang sihat.

Kandungan kesemua vitamin ini mampu memberikan kebaikan kesihatan kepada warga veteran yang amat memerlukan supplemen tambahan dalam diet seharian mereka.

Sempena bulan Februari ni Shaklee telah mengadakan promosi yang hebat;

☆Ajht promosi beli 3 percuma 1!!!
☆Vitalea promosi beli 6 percuma 1!!!
☆Ostematrix promosi beli 2 botol dengan pengurangan 5%!!!

Jom jadi kan keluarga kita sihat dan kongsikan kebaikan supplemen ini bersama dengan kawan-kawan yang memerlukan!

Wassap 012-8373981


Read more...

Pelembut Fabrik berkonsentrasi yang berkualiti

Soft fabric concentrate Shaklee
Harga runcit : RM 40.00
Harga ahli     : RM 32.00
Size: 32fl

Anda masih mencari Pelembut pakaian yang betul - betul wangi dan mampu mengelakkan kain daripada kedut yang melampau setelah mencucinya dengan mesin basuh?Jangan risau,teknologi R & D Shaklee mampu menghilangkan kegusaran anda..Dulu saya pun begitu,bila cari di supermarket dan kedai biasa pun kena teliti..Nak lagi kena sesuaikan dengan budget..Hehe..ni la salah satu mengapa I love Shaklee♡♡♡

Melembutkan Pakaian

Pekatan Pelembut Fabrik (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.

��    Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns berupaya melembutkan 64 cucian.
��    Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal
��    pelekat statik dengan semulajadi
��    Mudah dibawa, dituang dan disimpan


Perbezaan Shaklee dengan jenama lain di pasaran

Selamat

��    Tidak bertoksik
��    Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
��    Tanpa bahan kimia berbahaya
��    Tanpa gas beracun
    pH yang seimbang


Berkesan

��    Berpekatan tinggi – bagi 64 cucian
��    Hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian
��    Kurangkan kedutan dan kesan statik

 
Mesra Alam

��    Ramuan Semulajadi
��    Tanpa Fosfat
��    Tanpa bahan perwarna
��    Bungkusan yang boleh dikitar semula
��    Selamat untuk sistem septik dan pembentangan


Petua berguna

Gunakan Pekatan Pelembut Fabrik untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.

Ujian prestasi tersebut dijalankan pada 20hb Jun 2006 dan hanya sah terhadap produk tersebut yang dipasarkan pada masa itu.

Kalau anda ingin mencuba produk bermutu ni,jangan lupa whatsapp saya ataupun sms di nombor ini
012-8373981
Irene...
Saya akan bantu anda menjadi pengguna bijak!!


Read more...

Benarkah sabun pencuci pinggan mangkuk Shaklee mahal?

Dish Wash Concentrate
Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan
Kod Produk:00255 (473ml)
Harga runcit:RM 28.00
Harga ahli    :RM 22.00

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?

Inilah kebenarannya;

   ♡ Lembut pada tangan
   ♡ Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
   ♡  Buih sabun yang tahan lebih lama
   ♡  Menjadikan pinggan bersih berkilau
   ♡ Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?

    Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
    Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain.

Keunikan Shaklee

♧ Selamat
♧ Tidak toksik
♧ Hipoalergenik
♧ Tanpa klorin
♧ Lembut pada tangan anda
♧ pH seimbang
♧ Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan

♤    Amat berkesan menanggalkan   minyak
♤   Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
♤  Buih sabun yang tahan lebih lama

Mesra Alam

♡   Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
♡   Mudah biorosot
♡   Tanpa fosfat
♡   Tanpa bahan pewarna
♡   Bungkusan yang boleh dikitar semula
♡   Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Ianya amat berbaloi dengan nilai ringgit anda..Sungguh jimat!!
Sekarang ni ramai pengguna di Malaysia yang dah menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk Shaklee.

Dapatkan 1 hari ni dan rasai perbezaannya!
Whatsapp / sms
0128373981
Irene
Sid 1072569


Read more...

Selasa, 24 Februari 2015

Pengasas Shaklee : Dr. Forrest C Shaklee

  Siapakah Dr. Forrest C Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®

Pengasas Shaklee : Dr. Forrest C Shaklee

Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.

Sejarah Dr. Forrest Clell Shaklee

Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.

Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Langkah Pertama Sebagai Seorang Nutritionist

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Dr. Shaklee Diuji Dengan Kanser

Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.

Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.

Dr. Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positif juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

Bermulanya Bisnes Suplemen Dr. Shaklee

Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.

Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.

Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.


Sumber rujukan:Wikipedia Dr.shaklee c.Forrest

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?


Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram/telegram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.



Read more...

Cuaca panas bukan penghalang untuk kekal sihat & berenergi!

Hai selamat petang pembaca blog entri irenevitamin...Hari ni saya berpeluang untuk cerita lebih untuk membantu kawan-kawan berdepan dengan keadaan cuaca yang agak ekstrim sejak kebelakangan ni..Panas memanjang saja kan.
Impaknya bukan saja kepada manusia malah tanaman pun sama juga layunya...Persekitaran pun nampaknya berdebu dan agak kering dari biasa.

Okeylah sekarang ni nak tanya apa persediaan kita saat - saat melalui cuaca panas macam ni?Cukup minum air putih dan pengambilan supplemen untuk bantu tubuh kekal dehidrasi?Saya amat galakkan kita semua ambil Performance Drink dan vita c sustained released secara konsisten.Selain tu kita kenalah gunakan payung,topi,skaf dan baju daripada kain cotton untuk lindungi kulit daripada pancaran teriknya matahari..

Mengapa Performance Drink?

Tahukah kita dengan minuman isotonik seperti performance drink (PD) dapat bantu tubuh kita kekal sihat dan bertenaga.Ianya kurang kandungan gula(less sugar),tidak berkarbonat dan tidak bergas. Tidak seperti kebanyakan minuman isotonik di pasaran ya.
    Selain itu juga PD ni mengandungi kandungan natrium rendah dan mampu menghilangkan dahaga yang amat..Paling best sekali kita boleh bancuh dengan air sejuk mahupun suam . Testimoni saya sendiri saya minum PD ni sehari 2 kali iaitu pada waktu tengah hari dan sebelah petang dalam jam 6 lebih.Cara bancuh pun mudah saja..hanya larut kan 2 sudu besar PD dengan air 1.5liter.Nak lagi kaw masukkan dalam Peti ais..

  Okey..setakat ini saja yang saya nak ceritakan ya..Kalau ada di antara pembaca blog ni yang berminat untuk order,sila hubungi saya di talian ini...
Salam sayang♡♡♡♡

Whatsapp / Pm
012-8373981
Irene
wwwirenevitamin.blogspot.com
Fanpage fb; irenevitamin



Read more...

Isnin, 23 Februari 2015

Apa itu supplemen?

Apa itu supplemen?

Ramai yang kurang pasti,kurang yakin dan was - was apa itu supplemen dan fungsi utamanya...

Kalau Google apa maksud supplemen, jawapannya adalah 'makanan tambahan'.

Supplemen bukan ubat. Memang hakikat orang kita sudah terhantuk baru nak terngadah sedangkan mencegah itu lebih baik dari mengubati. Kena sedia dari awal untuk mencegah.

Jadi kalau ambil supplemen lambat nampak kesan, sabar dan berikan masa pada tubuh untuk serasi.

Badan kita ni umpama jalan raya berlubang yang dah digunakan sekian lama mengikut usia semasa kita ambil supplemen ni .Start usia 20 tahun atau lagi berumur kita ambil,lagi banyak lubang yang kita kena perbaiki. Maknanya  Supplemen ini umpama tar untuk turap mana-mana jalan yang dah berlubang.

Makin besar lubang makin lama masa diperlukan untuk turap dan makin banyak tar diperlukan. Ambil dengan konsisten dan ikut panduan yang betul ya..

Saya akan bantu anda untuk mengenali supplemen apa yang diperlukan dan berikan konsultasi percuma selepas pembelian..Jadi, jangan tunggu lagi!

Hubungi saya segera :
Whatsapp / Pm
012-8373981
Irene


Read more...

Basic H yang serba boleh

Apa Kegunaan BASIC H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah-buahan sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka/lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tidak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tidak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai  dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidup segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya guna basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan Basic H bila mereka kene gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah dicapai bila diperlukan

10. Saya gunakan basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. Saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta pakai semula (clot diaper) dengan lebih bersih.

13.Saya mencuci kasut sekolah anak-anak dengan Basic H,putih dan lebih berseri.

Inilah sebab utama saya hanya memilih yang terbaik untuk diri dan keluarga...Anda,bagaimana?

Whatsapp / Pm
012-8373981
Irene


Read more...

Ahad, 22 Februari 2015

Punca kencing kotor & cegah dengan Shaklee

Hai selamat malam dan bertemu lagi dalam blog irenevitamin...Hari ni merupakan hari keempat sambutan Tahun Baru Cina.Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Gong xi fatt chai!Shh...Malam ni saya nak cerita sedikit tentang penyakit yang sering dihidapi oleh kaum wanita. Kencing kotor merupakan masalah yang sering dihidapi oleh wanita.Namun kaum lelaki juga tidak berkecuali.Ini kerana saluran pundi kencing wanita mudah terdedah dengan kuman berbanding lelaki.

Punca utama;

♧ Kuman bakteria E . coli(Escherichia coli)

♧ Kurang minum air putih

♧ Kerap menahan kencing

♧ Hubungan seks

♧ Kebersihan diri


Tanda-tanda kencing kotor

1) Kerap terasa hendak buang air kecil tetapi hanya sedikit sahaja malah ada yang keluar beberapa titis sahaja.

2) Apabila kencing,saluran pundi kencing terasa sakit dan pedih.

3) Air kencing berdarah,berkabut dan berbau busuk.

4) Sakit pada bahagian bawah abdomen.

5) Demam dan berasa seram sejuk.

6) Berasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

Langkah-langkah pencegahan bagi penghidap sakit  kencing kotor

1) Kerap  minum air putih sebaiknya 10 gelas sehari.

2) Jangan menahan diri jika terasa ingin kencing

3) Jaga Kebersihan diri terutama selepas membuang air kencing.

4) Tukar tuala wanita dengan lebih kerap.

5) Menggunakan pakaian dalam daripada kain kapas.

6) Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.


Set kencing kotor Shaklvee

♡Alfalfa    - Anti kulat

♡Vita c      -Mengasidkan urin menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria E . coli

♡Zinc Complex - Bantu pulihkan saluran kencing

♡Garlic     - Antibiotik semulajadi


**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin anda dan dapatkan khidmat konsultasi percuma selepas belian SEUMUR HIDUP!
Whatsapp / Pm
012-8373981
Irene


Read more...

Selasa, 17 Februari 2015

Set untuk kesihatan seisi keluarga

♡Shaklee Family Wellness Set - Supplemen Asas Untuk Seisi Keluarga♡

♧ Shaklee Family Wellness Set merupakan set supplemen asas untuk kesihatan tubuh badan. Sesuai untuk semua peringkat umur dan sesiapa sahaja seperti mereka yang menjalani kehidupan aktif,mementingkan kesihatan, pelajar dan warga emas.

♧ Set ini memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.


♧ Kebaikan Shaklee Family Wellness Set

1》  Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2》 Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
3》  Menguatkan sistem imun anda
4》  Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot.

Cara makan herblax untuk first time ambil 4 biji selama 3 hari sebelum tidur...selepas tu hanya makan 3-4 biji 2 kali seminggu sahaja untuk detox dan kesihatan usus yang sihat.Namun jika berat anda dalam lingkungan 70 kg dan ke atas perlukan dos yang lebih.Ni kena konsultasi selepas belian la ya..

Shaklee Family Wellness Set terdiri daripada 4 supplemen asas dan merupakan vitamin yang popular, iaitu :

■ Energizing Soy Protein (ESP)��

Membekalkan 14gram non-GMO protein berkualiti tinggi (dalam setiap hidangan) yang mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu yang sihat,termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.Ia membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh dan separuh daripada jumlah keperluan kalsium harian,serta membantu membina dan perbaiki tisu badan yang rosak.


■  Vitalea Iron Formula��

Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian. Penyediaan makanan yang tidak sihat, diet tidak seimbang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar dengan pesticides(racun makhluk perosak),menyukarkan tubuh kita memperolehi bekalan nutrien yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan prestasi tubuh kita merosot sedikit demi sedikit tanpa disedari. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

■  Sustained Release Vita-C 500MG��

Satu tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji setengah oren asli.Vitamin C Shaklee didatangkan dengan fungsi sustained release,di mana ia akan dilepaskan secara berperingkat mengikut masa demi memastikan vitamin C tersebut kekal dalam badan,kerana vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah musnah.Sangat penting untuk pembentukkan kolagen,sistem imun badan,bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.


■  B-Complex��

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B untuk memenuhi keperluan tubuh.Bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) di samping memberi ketenangan pada tubuh.Di sebabkan itu, vitamin B merupakan vitamin paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan.Ia mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma,tenaga dan kesihatan otak serta membantu kulit wajah kelihatan berseri dan tidak kusam.


Siapa pun anda, apa pun keperluan anda, Shaklee Family Wellness Set adalah set yang sesuai untuk semua.Anda boleh memilih untuk membuat tambahan vitamin mengikut keperluan anda.

Tips untuk anda yang masih menyusui bayi;

Tambahkan supplemen Alfalfa dan Ostematrix.

Jika anda IBU HAMIL  :  Tambahkan supplemen Ostematrix dan Omega Guard

Jika anda ada MASALAH KULIT  :

Tambahkan  Vitamin E,GLA dan Zinc 

Jika anda IBU BERPANTANG selepas melahirkan  :

Tambahkan supplemen Zinc Complex dalam rangkaian vitamin family wellness anda..

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Info lebih lanjut...
Bolehlah berhubung terus dengan saya melalui telefon/whataspp/Emel

012-8373981
irene_adel26@yahoo.com
wwwirenevitamin.blogspot.com


Read more...

Penjagaan rambut berkelemumur ProSanté scalp treatment

Anda bermasalah dengan kulit kepala yang berminyak dan sering gatal?

Dengan penggunaan Prosante Nourishing Scalp Treatment (rambut berkelemumur) secara berterusan anda akan dapati rambut:

♡Dapat mengurangkan rambut gugur sewaktu bersikat dan mendapat ketebalan rambut yang semulajadi.

♡ Rambut juga menjadi lebih kukuh dan tidak mudah putus.Prosante Nourishing Scalp Treatment mengandungi kompleks ekslusif yang Derm-available yang didapati secara semulajadi didalam bentuk rawatan yang kuat bagi membantu rambut tumbuh dengan lebih sihat.

♡Prosante Nourishing Scalp Treatment merupakan formula tanpa bilas yang cukup lembut untuk diguna setiap hari bagi mendapatkan manfaat segera dengan hasil yang bertambah.

♡Prosante Nourishing Scalp Treatment dapat diserap dengan cepat,tidak berminyak dan melekit.Rambut berasa lebih bersih,haruman botani dan tanpa haruman tambahan pH yang Seimbang serta selamat untuk semua jenis rambut,walaupun rambut korang di perm atau diwarnakan...

Dapatkan satu rangkaian set penjagaan rambut anda hari ini!


SID 1072569
Wassap @ inbox
012 8373981


Read more...

DTX Complex,vitamin untuk hati

DTX Complex merupakan supplement yang dirumuskan untuk kesihatan hati

☆ Organ penting yang selalu tidak diambil berat oleh kita. Tahukah anda bahawa hati adalah dalam tubuh kita. Tugasnya adalah melakukan detoksifikasi setiap hari untuk memastikan seluruh organ tubuh kita berfungsi secara normal.


☆ Seperti mesin basuh, setelah bersusah payah melakukan tugas pembersihan setiap hari, kualiti pembersihannya akan makin merosot jika tidak diservis. Begitu juga dengan hati kita. Pengambilan junk food, processed food, rokok, minuman beralkohol, menghidu asap kenderaan atau kilang, bahan kimia, ubat-ubatan yang berterusan akan membebankan hati kita untuk memprosesnya. 


☆ Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksin dalam badan akan menyerang organ tubuh yang lain. Anda akan mudah jatuh sakit, malah kegagalan fungsi hati juga boleh menyebabkan kematian. Bantulah hati anda untuk menjalankan tugasnya dengan lebih efektif.


Pengambilan DTX Complex dapat membantu fungsi hati seperti berikut:


♧ Bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun seperti dadah dan bahan bernitrogen seperti ammonia.

♧ Mengawal paras gula dalam darah.

♧ Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu. Hempedu perlu untuk pencernaan lemak dan penyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,F,K) menyimpan vitamin dan mineral tertentu

♧ Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus

♧ Menyingkirkan hormon yang berlebihan

♧ Menguraikan molekul hemoglobin tua

♧ Mengawalatur metabolisma karbohidrat, lipid dan asid amino

♧ Menghasilkan protein plasma tertentu seperti albumin

♧ Menghasilkan bahan pembekuan darah


♡ Keistimewaan DTX Complex, ia dirumus daripada gabungan herba-herba berikut:♡

☆ Menghasilkan 80% silymarin yang kaya dengan antioksida

☆ Melindungi hati dari toksin termasuk dadah, racun dan bahan kimia       

☆ Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis       

☆ Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol       

☆ Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang       

☆ Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

☆ Artichole

♢Membina semula sel-sel hati
♢ Merangsang pengaliran hempedu

☆ Dandelion       
- Membantu fungsi hati dan mengawal bengkak hati atau jaundice      
 
- Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu     
  
- Membantu mencegah batu karang    
   
- Merawat endometriosis, bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit   
    
- Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dan melawan anemia      
 
- Melawan tumor dan kanser      
 
- Merendahkan paras gula dalam darah       

- Untuk masalah kembung dan lebihan air (water retention)

☆ Kunyit   
    
- Mengandungi curcumin - sejenis bahan antioksida   
    
- Anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan       

- Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV


☆ Reishi Mushroom (Ling Zhi)   
    
- Membina imun dan membantu mencegah kanser  
     
- Mengurangkan masalah bronkitis dan sinus     
  
- Merawat sindrom keletihan yang kronik    
   
- Membantu mencegah penyakit jantung

☆ Schizandra       

- Mengandungi antioksida   
    
- Merangsang sintesis
protein       

- Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi   
    
- Memperlahankan pembentukan toksin

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?


Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram/telegram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.


Read more...

Sabtu, 14 Februari 2015

Set berpantang Shaklee owesome

Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Secara ringkasnya supplement yang dicadangkan dalam set ini adalah seperti berikut :

✿ B Complex-

✓ Membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia penting untuk elak kemurungan (meroyan, dll)

✓ Lengkap dengan 8 kumpulan vit B termasuk asid folik dan biotin.

✓ Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

✓ Menukarkan makanan kepada tenaga.

✿ Vitamin C -

✓ Meningkatkan antibodi secara konsisten dan penting untuk pembentukan kolagen.

✓ Mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

✿ Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin) -

✓ Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru mengantikan yang telah hilang semasa bersalin.

✓ Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.

✓Juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

✿ Zinc –

✓ Penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim) ,

✓ Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.

✓ Membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

✿ ESP (Soy Protein) -

✓ Membekalkan tenaga

✓ Memekatkan dan melancarkan penghasilan susu.

✓ Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol.

✓mengemulsi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati.

Ostematrix

Bagi para ibu yang kerap kali tidak cukup tidur amatlah digalakkan mengambil ostematrix untuk membantu tidur yang lena dan mengelakkan rasa letih kerana berjaga malam.


=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?


Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram/telegram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.


Read more...

Gejala pneumonia,atasi dengan shaklee

Masalah pernafasan seperti Bronkitis, Pneumonia & Astma boleh dicegah dengan pengambilan Vitamin C & Omega Guard Shaklee
           Jangkitan saluran pernafasan, kekal sebagai punca utama kematian daripada penyakit akut di dunia , dan kemungkinan besar , mereka mewakili satu sebab yang paling biasa pesakit mendapatkan rawatan perubatan. Penyakit pernafasan termasuk bronkitis, pneumonia, Bubar , asma, emfisema dan influenza. Asma adalah penyakit paru-paru yang dicirikan oleh serangan berulang disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh membawa kepada penyempitan tiub bronkial dan saluran udara. Semua serangan asma mempunyai senario yang sama dalam biasa: saluran pernafasan menjadi amat sempit dan bertindak balas secara keterlaluan dengan pergi ke kekejangan. Bronkitis kronik adalah tindak balas keradangan saluran pernafasan dan sering dikaitkan dengan asma walaupun terdapat banyak sebab-sebab lain yang boleh mencetuskan jangkitan pernafasan. Bronkitis kronik adalah suatu keadaan yang dengan rembesan mukus yang berlebihan berterusan atau berulang-ulang ke dalam pokok pernafasan menyebabkan batuk kronik yang cuba untuk menghilangkan lendir . Rokok, asap rokok dan pendedahan kepada toksin alam sekitar muncul untuk memainkan peranan yang menyumbang dalam jangkitan pernafasan.

Satu kajian baru-baru ini mengkaji peranan nutrien pemakanan dan risiko gejala pernafasan, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan pemakanan rendah vitamin C dan Omega-3 asid lemak telah dikaitkan dengan fungsi yang lebih rendah paru-paru dan peningkatan risiko gejala bronchitic kronik, berdehit, dan astma. Risiko-risiko ini telah meningkat di kalangan pelajar-pelajar yang bukan sahaja mempunyai pengambilan yang lebih rendah daripada nutrien tetapi juga merokok. Kesimpulannya penulis mencadangkan bahawa pengambilan lebih tinggi nutrien pemakanan boleh mengurangkan risiko pernafasan symptoms. Oleh itu untuk mencegah masalah pernafasan berulang tingkatkan pengambilan Vitamin C & sumber omega dalam diet harian anda. Disyorkan pengambilan Sustained Released  Vitamin C & Omega Guard Shaklee mampu membantu masalah pernafasan anda.

Deskripsi Supplement Shaklee yang disyorkan :-
-----------------------------------------------

a) Omega Guard Shaklee
********************
> Minyak ikan terbaik dunia, diekstrak dari ikan laut sejuk (sardin, mackarel, herring & anchovies) di perairan negara Jepun.
>Bukan dari hati minyak ikan seperti supplement jenama yang lain
> Omega Guard adalah 3x lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan
>  Minyak ikan yang paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spcktrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi (EPA, DHA, ALA,dan dll).
> Tidak menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, untuk mengekalkan nutrient dalam omega guard shaklee.
> Tulen daripada sumber logam berat yang merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadminum, dioksin & PCB (polychlorinated biphenyl)-logam berat bertoksik.

Fungsi utama :
> Meningkatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru
mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, brokitis, penyakit
   lelah/asthma, hepatitis, SLE (LUPUS) & penyakit buah pinggang.



b) Sustained Released Vitamin C (922mg)
********************************
>  "Sustained released time " pembebasan berterusan secara semulajadi oleh vitamin C shaklee. Setiap tablet  mengandungi 7.5 hidangan biji buah orange termasuk kulitnya. 
>  Pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam, sentiasa memberi tubuh sumber vitamin C dalam 5 jam. Lazimnya, vitamin C adalah bersifat larut air, dan akan larut dalam cecair dalam tubuh seperti darah & dikeluarkan/ dikumuh melalui saluran air kencing. Dengan Vitamin C shaklee dipatern khas untuk mengekalkan kandungan vitamin C dalam darah sentiasa.
>  Mengandungi 120mg bioflavonoid yang dikenali sebagai Vitamin C Complex, membantu penyerapan vitamin C lebih baik & melegakan inflammasi, mementang infeksi bakteria & radikal bebas.

Fungsi utama :
> Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan pertahan hidung terhadap alergi , meningkatkan kesihatan kulit daripada ekzema, memelihara sistem pernafasan daripada bronkitis, pneumonia & asthma, menyembuh & mengurangi simptom selesema.


=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?


Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram/telegram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.


Read more...

Tonsilitis,bagaimana merawat dengan Shaklee

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

    ♣ Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung

   ♣ Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah

   ♣ Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa Itu Radang Tonsil:-

♣Tisu limfoid

adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.

♣Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

♣Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil

♣Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara Gejala Radang Tonsil:-

1.) Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2.) Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
3.) Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4.) Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5.) Suara garau atau hilang suara
6.) Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7.) Mulut berbau busuk
8.) Berdengkur waktu tidur

♣Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5 hingga15 tahun.

♣Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

♣Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

♣Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

♥♥Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil♥♥

   ♣ Vitamin C chewable/vita c sustained realesed

   ♣ Nutriferon (immune booster Shaklee)


=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?


Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram/telegram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.


Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews