Sabtu, 18 Oktober 2014

Hadapi kencing manis ketika hamil dengan tenang

Hai selamat bertemu semula pada entri saya kali ini.Kali ini saya akan kongsikan bagaimana ibu hamil mengatasi diabetes semasa hamil...Kehamilan sering dikaitkan dengan diabetes sementara iaitu satu keadaan di mana ibu mengandung mendapati mereka positif diabetes melalui ujian saringan MOGTT. Iaitu biasanya dipanggil minum air gula.

Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.
Apa punca kencing manis ketika mengandung?

    Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.
    Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.


Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?

    Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
        *Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
       * Sejarah keluarga menghidap diabetis
       * Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
       * Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
      *  Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
      *  Ibu hamil kembar
       * Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)


Bagaimana nak tahu saya menghidap kencing manis ketika mengandung?

    Dikesan melalui pemeriksaan darah selepas minum air gula. Biasanya ibu akan disuruh berpuasa malam sebelumnya.

Biasa kan bila check dekat klinik, nurse mesti cakap ‘ gula awak tinggi ni, jaga-jaga sikit ya’.. haaa kenapa nak kena jaga-jaga sangat tu?
Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?

1. Pada ibu

        Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
        Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
        Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
        50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari

2. Pada bayi

        Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
        Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
        Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
        Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
        Sakit kuning (jaundice)
        Bayi sukar bernafas
        Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
        Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.


Bagaimana merawat kencing manis ketika mengandung?

    Biasanya doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor ya
    Anda juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
    Digalakkan juga amalkan senaman ringan setiap hari
    Mengamalkan makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi masalah kalis insulin

Tapi awas Zinc tidak boleh diambil berlebihan ya ketika mengandung kerana ia boleh menyebabkan keracunan dan juga membahayakan kandungan. Malah dikatakan pengambilan zinc berlebihan boleh menyebabkan uterus contraction menyebabkan premature delivery. Kajian Mayo Klinik menunjukkan ibu mengandung cuma perlukan sekitar 11mg zinc sehari. Jadi memadai kandungan zinc dalam multivitamin dan tambahan dari makanan harian.

Ini salah satu penyelesaian anda ya

Kencing Manis Ketika Mengandung1. Shaklee Vitalea

        Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
        Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil
        Untuk fungsi menyeluruh boleh tengok Vitalea Shaklee

Kencing Manis Ketika Mengandung

2. Shaklee B-complex

        Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan
        Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi

Kencing Manis Ketika Mengandung

3. Shaklee Ostematrix

            Membekalkan Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium antara punca kencing manis)
            Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu.
            Untuk info lanjut boleh tengok Ostematrix Shaklee

Rawatan tak semestinya berhasil kan. Jangan bahayakan diri dan kandungan anda sendiri. Berhati-hati juga dengan susu untuk ibu mengandung kerana kandungan gulanya tinggi dan boleh jadi punca kencing manis ketika mengandung. Malah dari pemerhatian saya dengan customer-customer, rata-rata yang amalkan susu ibu mengandung memang mengalami masalah kencing manis ketika mengandung. Jadi buat pilihan yang bijak. Jika mahukan kalsium, bertukarlah ke Ostematrix Shaklee.

1. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Makanan /minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan  tahap gula di dalam darah dengan kadar yang cepat.
Contoh :  Gula Pasir, Gula merah, Gula melaka, Gula batu, Gula-gula, Sirap, Jeruk,
              Kuih-kuih manis, Susu pekat manis, Buah-buahan dalam tin, Minuman ringan, 
              Coklat, Jem ( kecuali jem untuk Diabetis ) , Semua makanan bergula
          
2. MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN
i. Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.
Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari., bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.
Contoh : Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/jus, sayuran berkanji - labu, jagung, serbuk coklat.

3. MAKANAN YANG DICADANGKAN (Boleh mengurang paras gula):
#1 Ubi keledek
#2 Kulit kayu manis
#3 Avacado
#Kacang
#5 Cuka
#6 Buah ceri
#7 Lemons
#8 Bawang putih

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.


Posted via Blogaway

2 ulasan:

  1. Bahaya juga diabetes sewaktu hamil..Nice sharing. .teruskan berkongsi Shaklee vitamin terbaik dunia ya irene

    BalasPadam
  2. Terima kasih master..sharing is caring kan?

    BalasPadam

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews