Selasa, 31 Mac 2015

Hilangkan Selulit dengan Shaklee

"Saya risaulah nampak kulit saya macam ni.."
"Sekarang tidak perlu risau lagi,kan awak dah jadi ahli Shaklee!Pasti ada supplemen yang sesuai untuk awak makan.."

Biar betul?Produk ni ada untuk hilangkan selulit?Dialog seperti di atas tu macam selalu dengar kan..Sebenarnya produk Shaklee ni telah menjalankan lebih daripada 100 kajian dalam setiap satu vitamin yang dikeluarkan oleh syarikat ni.Jadi jangan risau tentang kualiti setiap produk yang dikeluarkan oleh Shaklee,ianya pasti selamat,berkesan dan mesra alam.

Bagaimana selulit terbentuk?

Selulit ni terbentuk daripada gumpalan minyak iaitu sisa-sisa metabolisma dalam tubuh dan air yang terperangkap pada kulit manusia.Sering dialami oleh kaum wanita seawal usia 13 tahun namun lelaki tidak terkecuali daripada mendapat selulit ni.Kesan daripada gumpalan selulit ni kita dapat lihat kesan seperti garisan terputus,memanjang dan sebagainya.Ianya akan mengakibatkan kulit lendir dan kurang anjal.

Penyebab utama pembentukan selulit

1) Peredaran darah yang kurang lancar akibat daripada pemakaian baju/seluar ketat.

2) Faktor hormon,wanita sering mengalami sembap air.

3) Bentuk badan

4) Aktiviti seharian seperti kurang senaman kerana bekerja di pejabat dan dalam bilik berhawa dingin.

Produk Shaklee yang sesuai;

Set langsing: ~Lecithin,omega guard,herblax,alfalfa complex

Set kulit anjal:Vitamin C sustained released,Vitamin E,ESP

Anda ingin mencuba produk Shaklee yang berkualiti ini?
Saya boleh bantu anda melalui konsultasi percuma selepas belian.
Telefon/whatapp di nombor ini 012-8373981 ( Irene )



Read more...

Isnin, 30 Mac 2015

Tips Garlic mencegah darah tinggi

Hai salam sejahtera!
Apa itu garlic yang terdapat dalam set darah tinggi Shaklee yang memberikan kebaikan semulajadi kepada ramai orang untuk mencegah dan merawat penyakit ni darah tinggi ni?

Allicin yang terdapat dari garlic memberikan banyak kebaikan. Banyak perubahan yang dilakukan untuk menyediakan sumber garlic bagi tujuan perubatan. Jumlah allicin, jumlah bahan aktif di dalam garlic, serta jumlah sumber bau garlic berbeza mengikut kepada cara persediaan. Allicin yang dihasilkan melalui cara menghancurkan garlic tersebut, atau dipotong halus adalah sangat baik.

GARLIC SHAKLEE


✔ Dihasilkan daripada bawang putih (garlic) jenis premium
✔ Bawang putih tersebut bebas racun perosak dan ditanam secara organik
✔ Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan 100% allicin aktif kekal pada garlic tersebut
✔ Mengandungi pelbagai vitamin E untuk tingkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita

Setiap 2 tablet GARLIC = 1000 mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar

♡ Antara khasiat dan kebaikan GARLIC SHAKLEE ialah:

❁ Mengandungi spearmint yang membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.

❁ Merupakan antibiotic semulajadi dan selamat dimakan untuk jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema dan sakit mata.

❁ Membantu untuk menghalang alergi seperti sinus, asthma.

❁ Mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik

❁ Menurut kajian, pengambilan 2 - 4 tablet garlic membantu menurunkan darah tinggi

❁ Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam (raksa, plumbum, kadmium) dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia

❁ Membantu menurunkan paras kolesterol

❁ Melindungi jantung

❁ Menghalang Strok

❁ Membantu mengurangkan pencetusan kejadian kanser - nitrosamine.

❁ Membantu menstabilkan glukos/gula dalam tubuh.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini...
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah whatapp ataupun telefon saya di nombor ini 012-8373981
( Irene )


Read more...

Ahad, 29 Mac 2015

《 Perhatian! 》

RM0.00 Shaklee: Due to overwhelming response, March month end is extended until 6pm 29 March 2015. TQ


Selamat pagi semua!!!
Hari minggu yang indah sekali..
Pagi - pagi ni dapat mesej dari group whatapp yang beritahu Shaklee HQ buka kedai sehingga jam 6 petang ni bersamaan 29hb Mac ni bagi memberi laluan kepada pengguna baharu dan lama membeli belah sebelum GST!

Sesiapa yang masih ingin topup vitamin bolehlah membeli dari saya dengan harga yang Berbaloi-baloi!!!!

Salam sayang♡♡♡♡
Irene~012-8373981


Read more...

Dapatkan air bersih dalam jug mudah alih

Jag mudah alih ni sangatlah popular di kalangan pengguna setia supplemen Shaklee masakini.Ianya sangat mudah dibawa ke mana-mana dan air tapisan kekal bersih!

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat dengan menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula dan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

♡ KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER ♡

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Jadilah sebagai pengguna bijak yang pentingkan kualiti air tapisan ni.

Ingin dapatkan 1 untuk diri sendiri,ibu bapa ataupun hadiah kepada Insan tersayang?Hanya whatapp saya di nombor ini ya..
♡ 012~8373981 ♡
Irene,Pengedar Sah Shaklee Kawasan Tenom, Negeri Sabah
Poslaju seluruh Malaysia


Read more...

Tips tangani masalah buah pinggang!

Tahukah anda bahawa buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

Bagaimana kita dapat mengesan tanda awal penyakit ini?

♧ Perubahan dalam pembuangan air kencing;

1) Kerap kencing ataupun kadangkala kurang kerap kencing daripada biasa.

2) Terdapat darah apabila kencing

3) Terdapat buih ( menandakan kehadiran protein kerana renal yang bermasalah  tidak dapat menapis protein )

♧ Sering Letih

1 ) Gagal hasilkan hormon dan sel darah merah yang boleh menyebabkan keletihan.

2 ) Mengalami pembengkakan pada mana-mana bahagian anggota tubuh contoh kaki,buku lagi dan tangan.

3 ) Berlaku penakungan air.

♧ Tiada selera makan kerana berkumpulnya sisa buangan dalam badan yang banyak.
♧ Berasa sejuk sepanjang masa walaupun cuaca panas contohnya tengah hari yang terik.
♧ Berasa pening kepala
~ Berlaku kerana kepala kekurangan oksigen dalam salur darah ke otak.

8 Tips untuk mencegah sakit buah pinggang

1) Periksa tekanan darah secara berkala
~ Kita mampu mengetahui sekiranya tekanan darah normal ataupun ada kelainan.

2) Mengehadkan pengambilan garam & natrium dalam pemakanan seharian.Kita boleh ambil sedikit garam untuk kekalkan fungsi badan.

3) Beritahu doktor jika ada sejarah ahli keluarga yang menghidapi darah tinggi dan sakit buah pinggang.

4) Sentiasa ambil berat sekiranya ada perubahan  pada air kencing

5) Perhati gejala anemia(kurang darah merah)

6) Buat ujian air kencing dan darah  setahun sekali.

7) Kekal aktif iaitu 30 minit setiap hari,5 kali seminggu untuk bantu sistem kardiovaskular.

8) Minum banyak air kosong kerana boleh bantu bersihkan kotoran  dalam sistem perkumuhan.


Memperkenalkan Vivix sebagai agen antioksidan berkuasa!




Boleh membantu mengurangkan gejala-gejala penyakit buah pinggang ni dengan cepat..
Jika anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang supplemen Vivix ni bolehlah hubungi saya,Irene
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Daerah Tenom di talian whatapp 012-8373981


Read more...

Selasa, 24 Mac 2015

Legakan kembung perut dengan julap peppermint ginger plus!

Hai selamat malam..Malam ni nak cerita tentang julap peppermint ginger plus yang kecil - kecil cili api ni..Masa preggy ni macam-macam makanan yang terlintas di fikiran semua mahu dimakan.Dalam usia kandungan  mencecah 7 bulan ni kadangkala makanan pedas pun dimakan tanpa fikirkan akibatnya nanti..Hmm..Susah juga kan.
Makanan pedas memang sedap,apatah lagi kena dengan selera yang masih lagi terasa tawar.Masalahnya sekarang perut rasa kembung dan tidak selesa.Berangin saja..Terus saya teringatkan sebotol peppermint ginger ni dalam almari dapur..Nasib baik masih ada stok..Lega..

Saya minum air suam beserta 3 biji peppermint ni.Selang 20 minit boleh dapat lihat kesan..Sendawa beberapa kali dan perut berangin berasa lebih bagus dari semula.Syukur kepada Tuhan!

Saya amat cadangkan kepada preggy mommies ataupun sesiapa saja tidak kira lelaki atau wanita yang berasa perut berangin,tidak selesa,tiada selera makan,mabuk laut @ mabuk darat serta muntah pun bolehlah makan sekali 3 biji julap lembut ni.Memang puas hati.Saya memang high recommend!

Sekian untuk kali ni.Sehingga berjumpa lagi ya.Jika anda ada sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan produk ini bolehlah hubungi saya segera di talian ini
012-8373981
Irene
Penghantaran seluruh Malaysia
Poslaju/COD Tenom Sabah



Read more...

Isnin, 23 Mac 2015

Happy birthday to me!

Tinggal sejam saja lagi saya nak sam but hari lahir yang ke-32 pada tahun 2015 ni..Syukur,puji Tuhan saya masih diberikan kesihatan,keluarga dan kasih sayang yang berlimpah daripada ahli keluarga dan kawan-kawan sekalian.

Gambar ni saya sertakan  sebagai throwback gitu..hehe...Anak-anak yang sebenarnya eksaited sangat mahu meraikan sambutan hari jadi ni.Apa tidak nya masa tu makanan semua special dan pastinya acara  potong kek!Sila nanti kan cerita blog saya akan datang ya..
Saya sebenarnya ingin mengekspresikan rasa berterima kasih yang tidak terhingga kepada Tuhan Maha Pencipta, kedua ibu bapa saya,mak mertua,suami,anak-anak,adik beradik,ahli keluarga dan sahabat handai yang jauh dan dekat.Ahli Winners Network,Superb Vitamin Ranau dan Superstar Group kendalian master Shaklee saya..Terima kasih atas sokongan dan bantuan daripada anda semua.Sayang semuanya!!
Matlamat utama selepas mencapai usia ni mahu kembang kan lagi networking Shaklee saya,membantu mereka yang memerlukan kesihatan terbaik,pendapatan sampingan dan yang ingin mencapai apa sekalipun impian yang dulu nya hanya tersemat dalam hati namun kini boleh diekspresikan dalam perniagaan ini.
Jom bersama kita realisasikan impian kita bersama!


Read more...

Ahad, 22 Mac 2015

Resepi hot Anis coklat Moist

Selamat berhari minggu pembaca semua..Hari ni saya nak cerita dan kongsikan resepi yang baru saya dapat dalam Kelas masakan 2 minggu lepas!Best sangat tapi baru hari ni nak update pasal kek kegemaran ku...

Jom saya senarai kan dahulu beberapa jenis bahan yang diperlukan untuk mendapatkan kek coklat yang lembut dan gebu ni..

RESIPI PILIHAN - Anis Coklat Moist Cake

Bahan-bahan

BAHAN A

240 gm gula
240 gm serbuk koko
250 ml susu pekat
250 ml minyak masak
250 ml air

BAHAN B

120 gm tepung gandum (diayak)
½ sudu teh soda bikarbonat (diayak)
2 biji telur

BAHAN TOPPING

250 minyak masak
250 susu pekat
120 gm serbuk koko

CARA MEMASAK

1. Masak kesemua bahan A di atas api sederhana hingga gula larut.
2. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan, kemudian masukkan ke dalam bancuhan A.
3. Biarkan masak seketika hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan campuran tepung dan soda bikarbonat. Gaulkan hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Untuk toppingnya, satukan kesemua bahan dan masak di atas api hingga sebati dan pekat.
7. Apabila pekat, tuangkan ke atas kek yang sudah disejukkan.
8. Sedia dinikmati.

Info Chef:

Untuk toppingnya, anda juga boleh menggunakan campuran krim whip, mentega dan juga coklat masakan.

Ini dahulu yang dapat saya share kan di blog saya untuk pagi yang ceria ni..semoga bermanfaat ya♡♡♡♡

P's...untuk order supplemen Shaklee hari ni masih dibuka lagi ya sehingga 28hb Mac ni untuk beri laluan kepada GST yang akan bermula 1 April 2015 ni.Jadi saya amat mengadu - alu kepada anda semua yang mengambil supplemen ni sebagai diet seharian bolehlah membeli ataupun menjadi ahli masa ini..Saya dengan berbesar hati menolong anda untuk jimat lebih sebelum 28hb ni..

Pm / whatsapp saya
012-8373981
Irene
Salam sayang!!


Read more...

Sabtu, 21 Mac 2015

Ada masalah rambut berkelemumur?

Sedang mengalami masalah ini kah?Hmm..kulit kepala rasa gatal yang teramat dan lebih menyebalkan kepingan kelemumur sering berjatuhan pada baju ataupun pada helaian rambut yang lain.

Saya ada jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah rambut yang mengalami  kelemumur daripada terus berlarutan.



Anda bermasalah dengan kulit kepala yang berminyak dan sering gatal?

Dengan penggunaan Prosante Nourishing Scalp Treatment (rambut berkelemumur) secara berterusan anda akan dapati rambut:

♡Dapat mengurangkan rambut gugur sewaktu bersikat dan mendapat ketebalan rambut yang semulajadi.

♡ Rambut juga menjadi lebih kukuh dan tidak mudah putus.Prosante Nourishing Scalp Treatment mengandungi kompleks ekslusif yang Derm-available yang didapati secara semulajadi didalam bentuk rawatan yang kuat bagi membantu rambut tumbuh dengan lebih sihat.

♡Prosante Nourishing Scalp Treatment merupakan formula tanpa bilas yang cukup lembut untuk diguna setiap hari bagi mendapatkan manfaat segera dengan hasil yang bertambah.

♡Prosante Nourishing Scalp Treatment dapat diserap dengan cepat,tidak berminyak dan melekit.Rambut berasa lebih bersih,haruman botani dan tanpa haruman tambahan pH yang Seimbang serta selamat untuk semua jenis rambut,walaupun rambut anda di perm atau diwarnakan...

Dapatkan satu rangkaian set penjagaan rambut anda hari ini!
Dan rasai sendiri perbezaannya.


SID 1072569
Wassap @ inbox
012 8373981


Read more...

Bagaimana menjadi ahli seumur hidup dengan Shaklee?

Anda berminat menjadi ahli Shaklee tetapi tidak pasti bagaimana menjadi sebahagian dari kami?

Jangan risau kerana saya boleh bantu anda relisasikan impian anda.

Jika anda tinggal berdekatan dengan cawangan Shaklee, ini ada beberapa tips sebagai panduan anda untuk pergi sendiri ataupun secara walk in register.

PERGI SENDIRI @ WALK IN REGISTER


1) Sila dapatkan borang pendaftaran ahli di kaunter dan isikan borang tersebut.

2) Isikan di bahagian penaja ID Shaklee saya 1072569 IRENE CHEW.

3) Sediakan wang sebanyak RM65 (Ringgit Malaysia enam puluh lima ringgit sahaja) untuk keahlian seumur hidup.

4) Setelah selesai isi borang daftar ahli,anda bolehlah kemukakan borang tersebut di kaunter beserta dengan senarai produk Shaklee yang anda ingin bawa pulang.

DAFTAR AHLI SECARA ONLINE

1) Daftar secara terus dengan saya iaitu dengan memberi segala maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran.
Contoh mudah;
a)Nama penuh anda dan pasangan (seperti dalam kad pengenalan)

b) Nombor kad pengeraman anda dan pasangan.

c) Alamat surat menyurat

d) Alamat penghantaran kurier

e) Nombor akaun bank(untuk masukkan bonus jika membeli lebih daripada 150uv ke atas)

f) Alamat Emel

g) Nombor telefon.


Faedah yang anda dapat sekiranya menjadi ahli Shaklee♡♡♡♡

FAEDAH AHLI ( PENGEDAR)

1. Dapat keuntungan dari Harga Runcit iaitu hingga 33%

2. Bonus peribadi dari penjualan produk. (Minima 150uv sebulan)

3. Bonus peribadi yg di terima tertakluk kepada jumlah point uv yg terkumpul. Semakin besar point yg di kumpul sebulan tu, semakin tinggi pembayaran % bonus kita nanti. % bonus bermula dari 5% hingga 21%

4. Pengedar yg mencapai Rank sekurang2nya pangkat Supervisor akan dapat ganjaran extra insentif dari shaklee.

5. Bonus kepimpinan

6. Bonus tambahan

7. Insentif kenderaan

8. Insentif percutian



KEISTIMEWAAN GROUP KAMI:

1. Dinaungi oleh Master Coordinator

2. Kelas bimbingan Online dan Offline

3. Kumpulan sokongan tertutup di FB dan chat group

4. Tips-Tips dan motivasi yang berterusan

5. Aktiviti-aktivit lain yg dianjurkan di setiap negeri

BAGAIMANA HENDAK MULA MENJADI AHLI?

ANDA BOLEH PILIH SALAH 1 PAKEJ DI BAWAH:

1. Pembayaran keahlian seumur hidup sebanyak RM65/ RM85 (SS) ATAU

Dapatkan KEAHLIAN PERCUMA apabila:

1. Membuat pembelian sebarang produk yang berjumlah 200uv (RM 650)

Atau

2. Membeli 2 botol vivix

PERLU KE MAINTAIN POINT??

Tidak perlu sekiranya anda sekadar ingin menjadi ahli shaklee. Sekiranya anda ingin menjadi pengedar dan ingin menikmati insentif-insentif yang diberikan shaklee, anda wajib maintain point.

RUGI KE KALAU SAYA SEKADAR MAKAN PRODUK SHAKLEE TANPA MENJADI AHLI?

Sudah tentulah anda RUGI . Sekiranya anda membuat belian dgn menggunakan ID sendiri, dah tentulah point akan terkumpul di dlm ID anda.. dan ianya tidak mustahil untuk anda mencapai 150uv sebulan sekiranya anda membuat belian berkumpulan dari ahli keluarga, kawan-kawan dan saudara mara.

Berminat untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee sekarang?

Bolehlah hubungi saya,
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Daerah Tenom,Sabah.
Irene Chew
Talian whatsapp / sms / telefon
 0128373981 
Emel;irene_adel26@yahoo.com
FANPAGE FB: VITAMIN IRENE




Ini adalah sebahagian daripada pencapaian yang dicapai oleh pengedar Shaklee iaitu nenda Shaklee saya Master Norwina Hadin di Konvensyen Shaklee di Amerika pada bulan Ogos 2014 lalu


Read more...

Khamis, 19 Mac 2015

Boleh kurus dengan Lecithin?

Apakah lecithin?

Hai,entri kali ni saya nak sentuh tentang lecithin,sebotol vitamin yang tidak kurang hebatnya dalam mengemulsi lemak dalam darah.Bestkan?

LECITHIN SEBAGAI PENGEMULSI LEMAK?

Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental.

Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.

Jadi, boleh kurus ke guna Lecithin ni? Terpulang. Kalau tiada lemak termendap, maka kuranglah lemak terkumpul. Customer saya ramai yang mengalami kekurangan berat, ada juga yang maintain sahaja tak turun- turun. Jadi Lecithin ni bukan lah pembakar lemak. Ia adalah pengemulsi lemak. Kamu perlukan sesuatu untuk keluarkan lemak yang telah teremulsi, iaitu Herblax atau Alfalfa.Kedua vitamin sangat membantu dalam membawa keluar segala lemak yang teremulsi melalui saluran najis mahupun sistem perpeluhan iaitu pada kulit manusia.

BAGAIMANA DENGAN OMEGA GUARD?

Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macamana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. Omega 3 berfungsi secara begini:

Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak

Ia juga berfungsi:

   ♤ menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak.
   ♤  Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
   ♤ Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - jadi boleh kawal  makan.

Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ianya berfungsi.


Ingin tahu lebih lanjut?

Whatsapp / call
012-8373981
( Irene )



Read more...

Ruam panas dalam mulut..Cegah sebelum parah!

Apa khabar para pembaca hari ni?Entri kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya mengalami sakit pada mulut iaitu ulser mulut ataupun sakit mata ikan.Rupanya seperti ruam dalam mulut yang sakit dan pedih sangat.Apalagi kalau baharu makan pedas dan minum air putih pun dah terasa sakit yang menyeksakan...

Saya kongsikan sesuatu yang istimewa buat para penggemar multivitamin ni..Vitalea dan vitamin C sustained released yang owesome ni.




■  Vitalea Iron Formula��

Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian. Penyediaan makanan yang tidak sihat, diet tidak seimbang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar dengan pesticides(racun makhluk perosak),menyukarkan tubuh kita memperolehi bekalan nutrien yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan prestasi tubuh kita merosot sedikit demi sedikit tanpa disedari. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

■  Sustained Release Vita-C 500MG��

Satu tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji setengah oren asli.Vitamin C Shaklee didatangkan dengan fungsi sustained release,di mana ia akan dilepaskan secara berperingkat mengikut masa demi memastikan vitamin C tersebut kekal dalam badan,kerana vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah musnah.Sangat penting untuk pembentukkan kolagen,sistem imun badan,bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

Selain itu juga saya amat mementingkan pengambilan air minuman yang mencukupi iaitu sebanyak 1.5 liter sehari.Biar lebih jangan kurang ya..Hehe..

Dalam 2-3 hari saya dapat merasakan kurang rasa pedih pada mulut dan berasa sungguh gembira mengongsikan khabar baik ni..Syukurlah kini saya bebas dari rasa sakit mulut ni..Kalau tidak,nak makan atau minum pun kena berhati-hati dan memilih makanan sahaja..

Sekian buat kali ni,semoga bermanfaat ya.Jika anda ingin mendapatkan vitamin ini bolehlah hubungi saya di talian ini
012-8373981
Cod pekan Tenom Sabah
Gdex / poslaju seluruh Malaysia!
Ingin tahu lebih lanjut tentang Shaklee ni..Pm sahaja ya♡♡♡♡




Read more...

Sabtu, 14 Mac 2015

Tidur lebih lena,ini bukan dongeng

Hai selamat berhujung minggu!Sudah 3 hari tidak update blog ni.Rasa tidak selesa kerana sebelum ni sudah tanamkan tekad update blog sehari 5 entri..hehe..Akan ku kejar masa yang pantas berlalu tu..Doakan ya..
Wah..cuti sekolah penggal pertama sudah bermula . Anak-anak yang terlebih eksaited kerana mereka yang sibuk merancang nak ke mana lepas ni..hehe..ok juga tu sekurang-kurangnya ada masa nak bersiar-siar dan beramah mesra dengan datuk nenek..Apa kaitan cerita tentang tidur lebih lena dengan cuti sekolah ni ya?Eksaited juga pembaca nak tau kan..Ok begini..

Tidur lebih lena bukanlah bermaksud tidur sedap,sebenarnya tidur yang ada kualiti...Kualiti ni saya definisikan sebagai tidur yang tiada gangguan seperti mimpi buruk,lambat mahu lelapkan mata dan ada yang lebih menggeramkan awal masuk tidur tetapi mata masih lagi dok terkebil-kebil tengok siling dan berguling-guling. Ni yang sebenarnya saya nak bantu pembaca bagaimana dapatkan tidur lena yang berkualiti,paling penting bila bangun keesokkan hari badan dan minda lebih relaks.

Faktor utama untuk tidur lena ialah elakkan meminum minuman berkafein seperti kopi,teh dan coklat.Kandungan kafein sangat tinggi apatah lagi jika diminum 3 jam sebelum masuk tidur..Selain itu,pencahayaan dalam bilik tidur juga mampu memberi kesan  iaitu apabila cahaya yang terlalu terang,cahaya daripada kaca televisyen dan komputer serta telefon bimbit mampu menaikkan melatonin pada sel kulit.Sebaiknya sejam hingga 2 jam sebelum masuk tidur perlu elakkan menonton televisyen dan pencahayaan yang mengganggu tidur berkualiti. Tapi jika ingin segera tidur saya cadangkan bolehlah membaca majalah hiburan ataupun buku novel..Ni juga rahsia saya dapatkan tidur yang berkualiti..hehe

Jangan tidak tahu tidur berkualiti ni kita boleh dapatkan dengan mengambil makanan tambahan harian seperti Esp,ostematrix dan b complex.Gabungan ketiga-tiga supplemen ini amatlah bagus untuk kesihatan di samping tidur lebih lena dan berkualiti. Esp yang terdiri daripada protein non GMO yang tidak diubahsuai genetiknya sesuai diambil sebelum tidur kerana ianya akan memberi rasa kenyang berpanjangan.Jadi kurang rasa lapar pada tengah malam.Lagipun protein esp ni mampu menaikkan seri wajah dengan pembentukan sel kulit wajah lebih gebu dan sel baharu yang terbentuk pada masa kita tidur.Ostematrix ni bukan hanya kalsium yang boleh membantu kita tidur lena,ianya bukan sebarangan kalsium.Terdiri daripada vitamin D,mangan,boron dan juga komposisi vitamin lainnya membolehkan ianya diaplikasikan dalam struktur tulang kita semasa tidur.Tahukah anda osteoporosis ni mengancam tulang kita daripada mereput.Sel pada otak juga dapat dilegakan kerana kalsium membantu DNA manusia berehat daripada aktiviti seperti penat berfikir,berjalan dan bekerja pada waktu siang nya. B complex pula terdiri daripada 8 vitamin B  yang mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan memberi kelegaan.Perlu kita tahu juga otak dan badan manusia perlu berehat pada malam hari.Jadi kualiti tidur dapat dicapai!

Okeylah ya..setakat ini sahaja perkongsian saya pada entri kali ni.Nantikan entri saya yang lain pada petang hari ya..
Salam sayang dan selamat menikmati tidur lena yang berkualiti!

Ingin dapatkan konsultasi percuma & produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera : Perunding Vitamin Anda : Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah Gdex/poslaju seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981


Read more...

Sabtu, 7 Mac 2015

Esp yang berkhasiat untuk semua!

Energizing Soy Protein ( ESP ) yang paling digemari oleh saya kerana saya berpendapat dengan mengambil susu rendah lemak ni akan membuatkan kulit  wajah lebih lembut dan berseri dalam tempoh 21hari! Best kan..Tanpa mekap dan bahan kosmetik lainnya akan terpancar dari wajah kita yang sebenar..Lagipun ianya diproses secara semulajadi dengan mengekalkan fungsi kacang soya ini yang tidak dicuci dengan alkohol bagi mengekalkan kesegarannya. Kandungan Indeks Glisemik ( G.I) sangat rendah iaitu 39 G.I sahaja.Ianya dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam sistem badan dan membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh 5-6 jam.Sebab itu mengapa dengan hanya meminum ESP ni kita berasa kenyang..

Sangat sesuai juga  diamalkan kepada individu yang menghidap diabetes.Penghidap diabetes ni jika memakan banyak karbohidrat dalam diet seharian pasti akan meningkatkan lagi paras gula dalam darah.Sebab itulah mengapa penghidap diabetes sangat disyorkan mengambil protein dari esp ni.

Jika ada di antara pembaca yang mengikuti entri blog saya ni dan berminat untuk mengamalkan gaya hidup sihat,cergas dan selamat boleh ambil setong ESP dan cuba mulai hari ni..Bulan Mac ni Shaklee menyediakan  promosi yang superrrr bagus iaitu dengan pembelian 6 tong ESP anda akan dapat percuma 1 tong..Bukan itu sahaja,jika nak beli 2 tong pun boleh malah ada diskaun 5% lagi!
Jadi jangan tunggu sehingga GST bermula mulai 1 April 2015 ni ya!
Jika nak menjadi ahli berdaftar dengan keahlian seumur hidup amatlah digalakkan menyertai saya..
Whatsapp / telefon
0128373981
Irene



Read more...

Selamatkah kaedah buang lemak?

Saya baru sahaja membaca Berita Harian(BH) edisi 7.Mac.2015 secara atas talian sebentar tadi.Agak menakutkan sebenarnya kerana kaedah ini jarang-jarang dilakukan di Malaysia tetapi biasanya dilakukan oleh pakar perubatan kosmetik di luar negara.Kosnya?Hmm..boleh tahan juga dalam rm3000 ke atas bergantung kepada jenis kaedah buang lemak yang dijalankan.Berikut adalah petikan yang saya ambil daripada akhbar BH...

Liposuction atau dalam bahasa pasarnya kaedah sedut lemak yang berada di lapisan bawah kulit pada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan memperbetulkan bahagian bermasalah dan banyak lemak.

Ramai dalam kalangan wanita salah faham dengan berfikiran liposuction sebagai satu proses menurunkan berat badan sedangkan ia bukan!

Sebelum mengambil keputusan melakukan sedut lemak, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, mesti ada pengetahuan mengenai proses ini dan tahu apa tujuan utama ia dilakukan.

Paling penting adalah mendapat pendedahan daripada doktor yang berpengalaman di klinik atau di hospital.

Kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis.

Epidermis dan dermis merupakan lapisan di mana kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada.

Lapisan terlibat dalam liposuction adalah hypodermis iaitu tempat lapisan lemak berada.

Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga.

Dalam proses liposuction, lemak yang disedut keluar adalah lemak lapisan pertama dan lapisan kedua.

Oleh itu, masalah selulit juga boleh dirawat dengan kaedah liposuction.

Proses sedut lemak menggunakan laser boleh dibuat pada mana-mana bahagian tubuh, ia tidak terhad kepada perut dan juga punggung malah boleh dilakukan pada lengan, paha, bahagian pipi dan dagu berlapis dengan kos RM3,000 ke atas.

Pakar pembedahan kosmetik akan memeriksa kesihatan pesakit terlebih dulu bagi memastikan mereka sihat untuk menjalani pembedahan sedut lemak.

Jenis rawatan

Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat seperti laser liposuctiob, power assited liposuction, vaser liposuctiob, body jet liposuction dan sebagainya yang menggunakan mesin canggih dari negara Itali dan German.

Setiap satu prosedur mempunyai kelebihan masing-masing.

Kebanyakan wanita gemar melakukan kaedah sedut lemak laser lipossuctiob yang boleh dilakukan di klinik estetik sahaja.

Ia kaedah lebih selamat, tidak begitu sakit, tidak memakan masa dan tidak mengalami pendarahan.

Pilihan sama ada mahu menjalani rawatan sedut lemak bergantung kepada jenis rawatan — sama ada membabitkan bahagian kecil atau besar. Secara umumnya, rawatan sedut lemak adalah selamat selagi ia dijalankan pakar yang ada peralatan lengkap iaitu sistem pemantauan (bagi memantau tekanan darah dan nadi), elektrokardiogram (ECG), alat intravena (IV) dan cecair titis sehingga sekurang-kurangnya dua liter.

Prosedur sedut lemak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu menyedut kurang satu liter, satu liter atau lebih dua liter lemak.

Bagi prosedur kecil (satu atau kurang daripada satu liter lemak) boleh dilakukan di klinik yang ada semua kemudahan di atas.

Bagi prosedur besar (melebihi dua liter lemak), disaran dijalankan di hospital kerana bagi setiap liter lemak yang disedut, individu berkenaan kehilangan kira-kira 200 mililiter darah. Untuk prosedur besar (dua liter lemak), seseorang kehilangan sehingga 500 militer darah dan kehilangan ini perlu diganti dengan cecair titis sepanjang tempoh rawatan.

Proses rawatan

Sebelum pembedahan, anda diberi ubat bius (setempat atau menyeluruh). Sebaik ubat bius bertindak, pembedahan dimulakan menggunakan alat penyedut yang dilekatkan dengan kanula (alat besi kalis karat).

Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut.

Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik.

Jika hendak melakukan liposuction kali kedua perlu tunggu enam bulan bagi memberi peluang tubuh kembali stabil dari semua kesan ubat bius. Anda tidak boleh jalani rawatan sedut lemak berulang kali dalam tempoh singkat.

Dari sudut kesihatan, proses sedut lemak membolehkan seseorang menjadi lebih sihat dengan terhapusnya lemak yang menjadi beban kepada tubuh.

Setelah proses ini, seseorang akan terdorong untuk kembali menjaga pemakanan dan mengawal berat badannya.

Seseorang yang menjalani sedut lemak lazimnya akan menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan berat dan bentuk badan idaman.

Namun, sedut lemak bukan jalan termudah untuk menghilangkan berat badan atau sebagai jalan untuk membuang lemak dengan cepat.

Jalan yang terbaik dan paling selamat adalah dengan menjaga diet dan senaman di samping memperbetulkan ketidakseimbangan hormon.

Menjaga makanan dan senaman memperbetulkan fungsi badan dan menghilangkan berat badan.

Sumber;Berita Harian edisi 7.Mac.2015


Agak panjang petikan ni namun saya berpendapat bahawa selagi kita boleh mengawal pembentukkan lemak pada tubuh dengan bersenam,pengambilan makanan kurang lemak,pengambilan supplemen semulajadi efektif pada tubuh badan kita.

Shaklee pilihan Terbaik!

Mengapa saya syorkan kepada anda pengambilan supplemen Shaklee ni untuk mengurangkan lemak yang tidak diingini?
Sebenarnya tubuh kita ni mempunyai metabolisma yang berlainan daripada satu individu ke satu individu yang lain.Ada yang kuat makan tapi tidak gemuk,namun ada yang kurang memakan makanan lemak dan kaya karbohidrat tetapi gemuk...


Supplemen ni saya bahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kaedah 3B iaitu Bakar,Buang dan Bina..Inilah rahsia utama untuk kekal langsing dan sihat!
Tanpa membahayakan nyawa kerana semua supplemen ni adalah terbukti selamat,berkesan dan semulajadi.Tiada bahan kimia yang merbahaya.

Set ni amat berbaloi dengan nilai matawang kita.

Sila tanya saya bagaimana hendak kurus secara sihat dan efektif!

Whatsapp / telefon 0128373981
Irene


Read more...

Khamis, 5 Mac 2015

Apa itu penyakit Hepatitis?

Selamat bertemu kembali!
Hari ni saya nak cerita sedikit tentang penyakit hepatitis yang menjadi viral di laman muka buku,surat khabar dan beberapa dimensi persuratan moden.Bolehkah ianya berjangkit?Bagaimana fenomena ini berlaku?Jika kita cukup mengetahui bagaimana keadaan ini berlaku kita boleh membuat persediaan awal untuk mencegahnya daripada merebak..Mari saya ceritakan di sini ya.


Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

APA ITU HEPATITIS B?

Hepatitis B adalah infeksi hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Hepatitis merupakan penyakit yang menyerang organ hati manusia. Hati mengalami radangan sehingga membuat fungsi hati, yang sebagai tempat penyaring racun-racun dalam darah, menjadi terganggu. Dengan terganggunya fungsi hati tersebut, maka terganggu pula fungsi organ yang lain, sehingga membuat kesihatan seseorang akan terganggu secara keseluruhan. Akibat lainnya adalah hati menolak darah yang mengalir sehingga tekanan darah menjadi tinggi dan pecahnya pembuluh darah.

PUNCA HEPATITIS

Penyebab kerosakan fungsi hati ini adalah disebabkan pengambilan alkohol secara berlebihan atau termakan racun yang membebani kerja hati dan mengakibatkan fungsi hati menjadi rosak. Tetapi, pada kebanyakan kes, hepatitis disebabkan oleh virus yang dibawa penderita hepatitis.

GEJALA HEPATITIS

Gejala-gejala umum dari hepatitis ini adalah rasa sakit pada perut bahagian kanan, lemah badan, mual dan demam. Pada beberapa kes juga ditemukan gejala seperti akan flu dan sakit kuning yang ditandai kulit dan mata yang terlihat kuning. Namun, gejala penyakit hepatitis tidak selalu tampak, khususnya pada kebanyakan kes yang menimpa kanak-kanak.



CARA MEMBANTU MENANGANI HEPATITIS

  ♧  mengamalkan makanan yang sihat seimbang  dan mengurangi  lemak yang berlebihan
  ♧  menjaga berat badan yang sehat
  ♧   berhenti atau mengurangi merokok
  ♧ bersenam atau bersukan yang teratur
  ♧  mengatasi stress anda, mendapatkan beristirahat  sebanyak mungkin.
  ♧   melakukan vaksinasi hepatitis A, untuk melindungi anda dari virus-virus hepatitis lainnya, yang dapat menyebabkan lebih parah dari penyakit hati .


BAGAIMANA HEPATITIS B BOLEH MENULAR

Virus Hepatitis B terdapat dalam cairan tubuh seperti darah, air mani dan cairan vagina dari seorang yang terinfeksi. Virus Hepatitis B penyebarannya hanya dapat terjadi ketika cairan tubuh si penderita masuk ke tubuh orang lain.Virusnya dapat disebarkan meskipun jumlah cairan tubuh yang dapat terlihat oleh mata hanya sedikit.

》    Melalui penggunaan bersama barang pribadi - seperti pisau cukur, sikat gigi atau  barang  lainnya  yang tercemar darah.
》   Melalui jarum suntik yang tidak disterilkan
》   Melalui pemindahan darah.
》   Melalui perubatan tradisional dimana darah mungkin terlibat misalnya: tusuk jarum/akupunktur
》   Menggunakan peralatan tato yang tidak disterilkan dengan tepat. Ini  termasuk  pembuatan tato kosmetik.

Hepatitis B tidak merebak melalui:

♡   batuk
♡   berpelukan
♡   gigitan/sengatan serangga
♡   penggunaan bersama bilik mandi dan toilet
♡   penggunaan bersama peralatan memasak dan peralatan  makan
♡    kolam renang


APA KAITAN HEPATITIS B DAN SHAKLEE

Hepatitis melibatkan salah satu organ penting dalam badan iaitu HATI. Shaklee dapat membantu anda menjaga hati dengan kombinasi produk-produknya

1.》 Vivix

Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting,
Vivix membantu memberika perlindungan antioksidan dan melindungi dan memperbaiki selular DNA.


2. 》NutriFeron

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.


3.》 DTX Complex

Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schnizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandeion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Fungsi DTX Complex

- melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
- merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
- mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
- membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
- membantu masala kulit seperti psoriasis dan ekzema
- Membina semula sel-sel hati
- meransang pengaliran hempedu
- merawat sindrom keletihan yang kronik
- meransang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.


=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?


Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram/telegram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.


Read more...

Rabu, 4 Mac 2015

Supplemen ibu hamil kekal cergas dan bertenaga!

~ SET IBU HAMIL SIHAT & BERTENAGA~

Ibu hamil perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan vitamin yang mencukupi bagi memastikan badan yang sihat dan kesejahteraan baby di dalam kandungan . Keadaan kesihatan ibu yang terganggu boleh memberi kesan sampingan terhadap bayi.
Bagi ibu ibu hamil yang masih tercari cari apakah suplemen  yang sesuai diambil semasa hamil, Shaklee ada supplemen yang sesuai diambil..

♡ Vita-Lea

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.

♡ B-Complex

Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

♡ Vitamin C 500mg sustained released

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.


♡ Ostematrix / Kalsium

Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas. Jika ada di antara ibu-ibu yang sakit gusi ataupun sakit gigi semasa mengandung itu menandakan kurang kalsium dan perlukan ostematrix..

♡ ESP @ Energizing Soy Protein

Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.

Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Pengalaman saya semasa saya mengandung anak ketiga dan semasa itu saya telah pun makan supplemen shaklee ni jaundis anak saya sembuh tidak sampai 2 minggu.Pastilah mengembirakan kerana sebelum ni pasti 3 hingga 4 minggu baru lah bebas jaundis..

♡ Omega Guard (Start Trimester 2 & 3)

Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

CARA ORDER:
===========
 Call/ SMS/WhatsApp/
012-8373981

Perunding Vitamin Terbaik Anda :  
Irene Chew
EXTRA bonus nya lagi kalau anda mendaftar dengan saya, anda akan didedahkan dengan rahsia kejayaan team kami..
JOM SERTAI Group Saya sekarang juga!!
=========================================
✆ NAK DAFTAR? Sila Sms/Whatsapp ke 0128373981 SEKARANG JUGA!!! 1 malaysia pon boleh...Orang Sabah, Sarawak, Semenanjung...semuanya ada dalam group saya..Apa tunggu lagi....!!!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm....Hubungi Saya Segera :
0128373981
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,

♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 1072569
♡♡ Contact No : 0128373981
♡♡ Email :irene_adel26@yahoo.com

♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia


Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews