Ahad, 5 Oktober 2014

Set lelaki Macho!

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu kepada para pembaca yang disayangi. Cuaca pada petang ni agak mendung dan berangin sedikit.Mula tu duduk - duduk ambil angin di kaki lima rumah tetiba saja timbul idea mahu kongsikan sesuatu yang moga-moga dapat berikan manfaat kepada kawan di luar sana.

Set lelaki subur daripada shaklee ni jarang orang kita mahu kongsikan di sini.Tapi apabila bercerita bab kesuburan terutama lelaki ni nak kena adjustkan tajuknya kepada set lelaki macho. Baru best tajuk ni..hehe. Baiklah set lelaki untuk memperbaiki kesuburan ni saya kelaskan kepada 2 supplemen yang menyokong penuh kepada kesuburan.Jom baca entri saya ni ya..

Vitamin E adalah kapsul yang mengandungi ekstrak buah anggur terpilih. Supplemen ini adalah yang paling lengkap di pasaran kerana diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. Ianya turut mengandungi 10mg selenium semulajadi dan digabung bersama 8 jenis vitamin E. Fungsinya yang utama ialah sebagai bahan mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Ianya boleh membantu meningkatkan kiraan sperma lelaki. Pengambilan secara konsisten sebiji hingga dua biji sehari mampu tingkatkan kelestarian tenaga.Ianya juga mampu untuk melindungi kita daripada penyakit jantung selain daripada sebagai agen antioksidan. Vitamin E yang lebih dikenali sebagai vitamin cinta ini banyak kelebihan nya.

Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zinc juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.Tips pengambilan supplemen zinc ni ialah diambil semasa perut kosong iaitu pada awal pagi sebelum makan sarapan.Dapat berfungsi efektif dalam menangani masalah ketidaksuburan sperma dan organ reproduktif lelaki.Jadi apabila lelaki anda macho,pasti tiadalah masalah kesuburan dengan pengambilan makanan tambahan ni.Maklumlah juga masakini persekitaran kita kebanyakkannya telah tercemar dengan radikal bebas yang merosakkan sel-sel manusia.

Namun sekiranya kita telah berusaha sedaya upaya tetapi masih lagi belum dikurniakan seorang cahayamata jangan lah kita mudah berputus asa . sekurang-kurangnya kita telah berusaha dan hanya kepada Tuhan sahaja kita berserah. Selalu panjatkan doa yang tiada hentinya maka sekiranya Dia berkenan,pasti masanya akan tiba juga.

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Posted via Blogaway

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews