Sabtu, 4 Oktober 2014

Kekal cergas dengan set berpantang eksklusif

Salam sejahtera kepada para pembaca perkongsian saya di irenevitamin blog ni.Setelah menjalani fasa kehamilan dan kelahiran,kini tibalah masanya menjalani fasa berpantang eksklusif daripada shaklee.Saya juga telah menjadikan diri saya sebagai testimoni pengguna set berpantang ni setelah melahirkan anak ketiga pada November 2013. Sungguh mudah dan terbukti berkesan.Jadi jika para pembaca inginkan yang terbaik semasa menjalani masa berpantang selepas bersalin ni,amatlah bersesuaian sekali.

Apa yang best sangat dengan pengambilan set berpantang eksklusif ni ya?

Mestilah kita mahu tahu apa jenis supplemen yang sangat tubuh badan kita perlukan selepas bersalin kan.Jadi saya ingin kongsikan beberapa jenis supplemen dan fungsinya sekali.

Set ini terdiri daripada B Complex,Vitamin C sustained released,Vitalea Iron Formula,Zinc,ESP soya non-GMO,ostematrix dan Alfalfa.

B complex perlu diambil sebagai penstabil hormon badan kerana ianya boleh membantu mengelakkan meroyan,kemurungan dan menghilangkan stres. Komposisi b complex ni lengkap dengan 8 vitamin B termasuklah asid folik dan Biotin yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga.

Vitamin C Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan supaya ibu berpantang tidak terkena selsema.Ianya boleh meningkatkan antibodi secara konsisten. Biasanya ibu berpantang makan vitamin c selepas makan tengah hari untuk mengelakkan timbulnya gastrik.Istimewanya vitamin c ini akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan tubuh.Ianya boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi,perbaiki sel yang rosak semasa bersalin.

Vitalea merupakan vitamin yang membekalkan tenaga untuk pulihkan tenaga ibu dan membantu dalam prose pembentukan sel darah merah yang baharu.Ibu yang baru melahirkan amat memerlukan supplemen ni untuk kekal cergas kerana selepas bersalin sesetengah ibu-ibu kehilangan banyak darah dan kekurangan zat besi ini mengakibatkan ibu berpenampilan pucat dan kurang bermaya.

Pengambilan zinc dalam fasa masa berpantang juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka dalaman.Ianya juga boleh mengurangkan masalah keguguran rambut . Pengambilan zinc sebaiknya diambil semasa perut kosong kerana ianya amat efektif dalam menjalankan fungsinya.

Selain itu juga ibu-ibu saya amat syorkan mengambil esp iaitu susu soya organik yang dapat membekalkan tenaga. Kebaikan utama esp ini dapat membantu mengemulsi lemak yang dimakan oleh ibu-ibu. Bonus pengambilan esp ni pula ialah kita akan mendapat kulit yang gebu di samping membantu tingkatkan fungsi ginjal,hati dan jantung.Hebatkan penangan esp ni!

Kalsium juga amat diperlukan oleh ibu-ibu kerana semasa menyusukan bayi para ibu akan kekurangan kalsium. Di sini lah supplemen Ostematrix dapat membantu.Ostematrix daripada shaklee ni dikeluarkan eksklusif kerana lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D. Magnesium bertanggung jawab menggabungkan kalsium ke dalam tulang manakala Vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium dengan cekap. Tipsnya di sini ialah pengambilan 4 biji sebelum tidur akan dapat membantu ibu-ibu tidur lena dan menghilangkan lenguh badan.

Supplemen alfalfa yang bersifat herba ini juga boleh juga dimanfaatkan semasa berpantang.Ianya boleh memulihkan urat-urat selepas bersalin.Alfalfa juga dapat membantu dalam penghasilan susu dengan lancar.Bonus pengambilan alfalfa dalam diet ibu berpantang ni mereka akan mendapati payudara tegang dan besar kerana penghasilan susu dengan lebih efektif.

Jika ada di antara pembaca yang ingin mendapat produk serta konsultasi secara percuma boleh hubungi saya,pengedar sah shaklee kawasan Tenom Sabah secara online mahupun offline saya amatlah berbesar hati membantu para ibu-ibu berpantang eksklusif daripada supplemen kesayangan ramai ini.Semoga entri saya ini dapat menjadi panduan kita bersama.sehingga berjumpa lagi ya..

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Posted via Blogaway

2 ulasan:

  1. Tahniah anda ada blog yg banyak info.. jemput jalan2 di www.yatiadam.com

    BalasPadam
  2. wahh..bestnya berpantang dengan vitamin shaklee..:-)

    BalasPadam

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews