Isnin, 3 November 2014

Penapis air,water pitcher Shaklee!

Sebenarnya, apa yang ada dalam air minuman kita?

Tahukah anda bahawa air pili yang sampai ke rumah kita turut mengandungi bahan kimia dan bahan-bahan pencemar yang lain? Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman yang kita minum setiap hari. Logam berat, sisa pencemaran industri mahu pun racun perosak. Bahan cemar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Menurut Amerika Syarikat agensi perlindungan alam sekitar, air yang kita minum adalah bertanggungjawab sehingga 20% daripada pendedahan plumbum pada manusia. Dan laporan EPA menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 13% daripada sistem rawatan air negara telah melanggar akta air minuman yang selamat dalam setiap lima tahun yang lalu.

Ini bermakna, air yang kita ambil terus daripada pili rumah kita kurang selamat walau pun telah dimasak sebelum diminum. Air yang kita masak hanyalah membunuh bakteria yang ada tetapi logam berat masih ada di dalamnya. Walaupun air tersebut kelihatan jernih, ia masih menyimpan bahan tercemar yang tidak kelihatan. Kesan jangka pendek memang sukar dilihat. Cuba bayangkan apa akan berlaku 20-30 tahun akan datang kepada tubuh kita jika kita mengabaikan penggunaan air bertapis untuk diminum?

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat dengan menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula dan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


Posted via Blogaway

5 ulasan:

  1. Info yg sangat berguna. Tahniah blog anda banyak info kesihatan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya..kesihatan adalah satu penghargaan dalam hidup!Hargailah kehidupan.

    BalasPadam
  3. Saya guna water pitcher ni, air sedap rasa lembut je air tu, nak bawa travel pun senang

    BalasPadam
  4. Info yang bagus...betul...logam berat amat merbahaya pd kesihatan manusia.

    BalasPadam

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews