Jumaat, 3 Oktober 2014

Ibu hamil;sihat dan menawan!

Tahniah diucapkan jika anda sedang hamil ketika membaca info yang akan saya kongsikan di blog ini.Tidak kisahlah jika anda sedang hamil anak pertama,kedua mahupun seterusnya . sememangnya anda harus bangga dan bersedia memikul tanggungjawab anda ini.
Seronok rasa hati ketika mengetahui anda akan menjadi ibu.Saya pun pernah mengalami perasaan syahdu ni..Apatah lagi pada fasa pertama hamil ni rasa pening,loya malah kurang selera makan menganggu aktiviti seharian.Jika kita  juga merupakan ibu-ibu yang berkerjaya lagi,amat memenatkan.
Malam hari ni saya mahu kongsikan beberapa tips eksklusif bagaimana kita yang hamil ni dapat melepasi fasa kehamilan ni dengan seronoknya tanpa keluhan lagi ya...Jom baca ni
Set hamil - ~ SET IBU HAMIL SIHAT & BERTENAGA~

Ibu hamil perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan vitamin yang mencukupi bagi memastikan badan yang sihat dan kesejahteraan baby didalam kandungan . Keadaan kesihatan ibu yang terganggu boleh memberi kesan sampingan terhadap bayi.Bayi pun akan mengalami stress juga jika kita selalu memikirkan hal-hal yang negatif. Pada fasa ni kita seharusnya mengekalkan kecergasan dan momentum rasa kebahagiaan dalam diri ibu hamil.

Bagi ibu ibu hamil yang masih tercari cari apakah suplement yang sesuai diambil semasa hamil, Shaklee ada jawapannya..

1. Vita-Lea

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.OBIMIN ni adalah sejenis kapsul berwarna kekuningan yang mengandungi folic acid dan beberapa jenis vitamin yang terkandung dalamnya.

2. B-Complex

Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.Hanya dengan sebiji sehari kita dapat manfaatnya yang sangat bernilai.

3. Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh iaitu sistem imun badan. Namun jika ibu hamil mudah mengalami gastrik boleh mengambil vitamin ni selepas makan sarapan pagi.

4. Ostematrix / Kalsium

Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.

5. ESP @ Energizing Soy Protein

Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.

Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

6.Omega Guard (Start Trimester 2 & 3)

Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3

Sekian dahulu buat kali  ini.Diharap para pembaca  mendapat manfaat pada masa kehamilan ini dan menjalani kehidupan seperti sediakala.

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Posted via Blogaway

1 ulasan:

  1. Info yg menarik..teruskan sharing. Jom lawat tanah saya www.naimahazizan.com

    BalasPadam

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews