Ahad, 1 Mac 2015

Kanser prostat mengancam Encik suami

Tanda Kanser Prostat

LELAKI yang kerap bangun malam untuk kencing, sukar kencing, sakit apabila buang air kecil, aliran air kencing lemah dan sukar mengawal kencing perlu berjaga-jaga kerana ia sebahagian daripada tanda awal kanser prostat.

Semua lelaki sebenarnya berisiko menghidap kanser prostat terutama yang sudah berumur 50 tahun. Berdasarkan laporan Persatuan Kanser Amerika, 70 peratus lelaki yang berumur 65 tahun ke atas mengalami kanser prostat dengan anggaran 190,000 kes baru setiap tahun atau satu kes dikesan dalam setiap tiga minit.

Kajian menunjukkan satu daripada enam lelaki akan menghidap kanser prostat. Ia juga menjadi kanser keenam paling tinggi yang dihidapi lelaki Malaysia.

Walaupun kanser prostat boleh membunuh tetapi kesedaran dan pengetahuan terhadap penyakit ini masih rendah.

Tidak seperti wanita yang lebih terbuka membincangkan persoalan kanser, kebanyakan lelaki bersifat `tertutup' dan enggan memperkatakan masalah kerana ia dianggap memalukan. Malah dianggarkan kurang  1% lelaki yang menjalani pemeriksaan kehadiran sel kanser pada kelenjar prostat mereka.

Lebih malang, ada kajian menunjukkan kira-kira 80 peratus lelaki tidak tahu apa itu prostat dan fungsi organ berkenaan! Prostat adalah kelenjar bagi sistem pembiakan lelaki.

Ia menghasilkan sebahagian penting cecair seminal yang membawa air mani dan sperma ketika ejakulasi. Kata seorang pakar perubatan, lelaki akan hilang `nilai kelelakian' mereka jika kelenjar ini terpaksa dibuang akibat kanser.

Kanser prostat pula bermakna wujudnya ketumbuhan berbahaya pada kelenjar ini. Ketika ketumbuhan ini membesar, sel-sel kanser boleh merebak ke bahagian lain yang bersebelahan atau mengelilingi kelenjar prostat.

Kajian mendapati sel kanser dari prostat merebak sehingga ke nodus limfa dan ke tempat yang jauh seperti tulang belakang, rusuk atau bahagian tulang lain.

Sebagaimana kanser lain, sel kanser prostat juga mengambil masa untuk membiak dan biasanya ia tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal. Gejala boleh dibahagikan mengikut masalah prostat yang dihadapi.

Siapa yang berisiko mendapat kanser prostat?

Semua lelaki sebenarnya mempunyai risiko terutamanya yang berumur 50 tahun ke atas. Malangnya ada lelaki berpendapat, tidak mengapa jika mendapat penyakit selepas menjadi warga emas tetapi ramai tidak sedar bahawa mereka akan menjadi beban kepada keluarga dan pasangan.

Walaupun boleh membawa maut tetapi ia kurang ditakuti lelaki kerana rata-rata tidak sedar kewujudan penyakit ini. Inilah yang menyebabkan Mayfirst Gold Sdn Bhd melancarkan kempen Cegah Kanser Prostat (Cekap) untuk melindungi lelaki daripada menjadi mangsa kanser berbahaya berkenaan.

Jika anda termasuk dalam kumpulan berisiko, usah bimbang kerana kanser prostat boleh dikesan melalui ujian darah bagi tahap antigen khas prostat (PSA). PSA adalah sejenis protein khas yang dikeluarkan prostat.

Bagaimanapun ada banyak percanggahan pendapat mengenai ketepatan paras PSA sebagai pengukur kanser prostat kerana lelaki tua secara semula jadi memang menghasilkan lebih banyak PSA berbanding golongan muda.

Justeru ada cara lain yang boleh digunakan untuk mengesan kehadiran kanser prostat iaitu Ujian Digital Rektal. Dalam ujian ini doktor akan memasukkan jari ke dalam rektum (dubur) untuk merasa kehadiran ketumbuhan (tisu keras) pada prostat.

Dengan cara ini juga doktor boleh mengetahui saiz ketumbuhan jika ada. Selain itu kanser prostat juga boleh dikesan melalui ujian ultra bunyi dan biopsi tisu prostat.

Seperti kanser lain, kanser prostat boleh dicegah jika dikesan awal dan mendapat rawatan sewajarnya.

Pada masa sama lelaki perlu lebih peka terhadap penjagaan kesihatan dengan kerap menjalani pemeriksaan, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bersenam setiap hari.

Faktor risiko

    Bangsa - lelaki Barat (Amerika dan Eropah) lebih berisiko menghidap kanser prostat berbanding lelaki Asia.
    Umur - Statistik menunjukkan bilangan pesakit lebih tinggi dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas.
    Hormon - Paras hormon testosteron yang tinggi akan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan sel kanser.
    Pemakanan - Pemakanan yang kurang lemak, banyak sayur dan serat dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser prostat.
    Sejarah keluarga - lelaki yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko lebih tinggi diserang kanser prostat.

Jenis rawatan
Tunggu dan lihat perkembangan gejala kanser prostat.
Pembedahan - pembuangan keseluruhan kelenjar prostat
Radiasi - Menggunakan sinar-X untuk membunuh sel kanser
Terapi hormon - Merencatkan aktiviti hormon testosteron yang bertanggungjawab merangsang perkembangan sel kanser
Rawatan kemo - menggunakan ubat kanser untuk merencat atau memusnahkan sel kanser

Tiga jenis masalah

Ada tiga jenis masalah prostat iaitu:

    Prostatitis - Kelenjar prostat mengalami keradangan, menjadi bengkak, merah dan panas. Gejalanya lelaki akan berasa sakit ketika buang air kecil. Pesakit mungkin kencing lebih kerap, demam dan keletihan.
    Prostatik Hiperplasia Benigna (BPH) - biasanya berlaku pada lelaki berumur 50 tahun ke atas. Bengkak kelenjar prostat menjadi semakin besar sehingga menekan saluran kencing (uretra) menyebabkan gejala seperti:
       * Sukar buang air kecil
       *  Kerap buang air kecil pada waktu malam
       *  Keinginan buang air kecil yang mendadak dan tiba-tiba
       *  Aliran air kencing perlahan atau terputus-putus
    Kanser prostat - Sel-sel prostat membesar dalam keadaan tidak normal atau luar biasa. Gejalanya ialah:
      *  Semua gejala BPH
       *  Kencing berdarah
       * Sakit atau panas ketika buang air kecil
       * Aliran kencing yang lemah dan hilang kawalan untuk buang air kkoecil
       * Sakit ketika ejakulasi
      *  Keinginan seksual menurun
       * Kurang upaya mengalami rangsangan seksual
       * Sakit pada tulang pinggul atau atas paha
      *  Hilang selera makan
      *  Rasa sakit tulang berlanjutan

Bagaimana Supplemen Shaklee boleh membantu?


Bukan sebarangan Vitamin E boleh diambil oleh kita. Jangan hanya menilai daripada harga kerana sepatutnya panduan pemilihan Vitamin E ni harus dititikberatkan.


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium.

Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E daripada sumber  semulajadi melalui label botol vitamin anda sama ada 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.
Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya  sel yang tidak normal  dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Kini Vitamin E Shaklee ditambah dengan ekstrak Biji Anggur untuk hasil yang lagi hebat!

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

**sumber dari website Shaklee.
5. Apa yang hebatnya tentang Vivix Shaklee?

Fakta 1:
Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Fakta 2:
Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Fakta 3:
Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Fakta 4:
Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.

*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang kanser prostat ni..Bolehlah hubungi saya di talian ini
Whatsapp / telefon
0128373981
Irene
wwwirenevitamin.blogspot.com


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews