Jumaat, 27 Februari 2015

Resepi Nasi Ayam Special!

Hai pembaca entri blog irenevitamin!
Petang ni nak cerita tentang makanan kesukaan saya . Kiranya makanan faveret yang sering diorder apabila makan di luar.Hehe..Jangan hairan ya sambil bwrshaklee kita juga masih boleh menikmati makanan kegemaran yang sedap hingga menjilat jari!Ops...Mari saya kongsikan resepi ni ya,esok hari Sabtu,manatau ada masa boleh cuba resepi ni untuk keluarga..


RESIPI PILIHAN - Nasi Ayam

NASI

3 pot beras (basuh beras bersih-bersih dan toskan)
garam
daun pandan
serbuk perasa ayam

SUP

Potongan ayam dan rebuskan ayam beserta
dengan serbuk perasa ayam dan garam.

BAHAN HIRIS

7 biji bawang putih
5 biji bawang merah
4 inci halia
1 kiub ayam
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara masak nasi ayam

Panaskan marjerin. Tumis rempah kasar beserta bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau. Masukkan sedikit tumisan beserta minyak ke dalam kuah. Selebihnya, masukkan ke dalam periuk nasi. Kemudian, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

AYAM

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap manis
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap, lumurkan. Panaskan minyak dan goreng ayam, tak perlu lama sebab ayam dah masak. Sampai nampak cantik, terus angkat. Cara hidangan terpulang sama ada nak potong atau seketul-seketul.

KUAH LADA

3 biji lada hidup merah
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
seinci halia
*blend kesemua bahan

KUAH KICAP

*Guna baki perapan ayam tadi. Campurkan dengan kuah sup. Kalau cair, tambah lagi kicap lemak manis.Apa2 brand pun boleh...

BAHAN HIASAN

Salad (jika suka)
Timun
Tomato

Senangkan? walaupun simple sahaja, tapi cukup semua ada. Salad, tomato, timun, ayam dan nasi.
Hidangan yang sedap dan berkhasiat..boleh la mencuba selepas ni ya..


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews