Ahad, 22 Mac 2015

Resepi hot Anis coklat Moist

Selamat berhari minggu pembaca semua..Hari ni saya nak cerita dan kongsikan resepi yang baru saya dapat dalam Kelas masakan 2 minggu lepas!Best sangat tapi baru hari ni nak update pasal kek kegemaran ku...

Jom saya senarai kan dahulu beberapa jenis bahan yang diperlukan untuk mendapatkan kek coklat yang lembut dan gebu ni..

RESIPI PILIHAN - Anis Coklat Moist Cake

Bahan-bahan

BAHAN A

240 gm gula
240 gm serbuk koko
250 ml susu pekat
250 ml minyak masak
250 ml air

BAHAN B

120 gm tepung gandum (diayak)
½ sudu teh soda bikarbonat (diayak)
2 biji telur

BAHAN TOPPING

250 minyak masak
250 susu pekat
120 gm serbuk koko

CARA MEMASAK

1. Masak kesemua bahan A di atas api sederhana hingga gula larut.
2. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan, kemudian masukkan ke dalam bancuhan A.
3. Biarkan masak seketika hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan campuran tepung dan soda bikarbonat. Gaulkan hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Untuk toppingnya, satukan kesemua bahan dan masak di atas api hingga sebati dan pekat.
7. Apabila pekat, tuangkan ke atas kek yang sudah disejukkan.
8. Sedia dinikmati.

Info Chef:

Untuk toppingnya, anda juga boleh menggunakan campuran krim whip, mentega dan juga coklat masakan.

Ini dahulu yang dapat saya share kan di blog saya untuk pagi yang ceria ni..semoga bermanfaat ya♡♡♡♡

P's...untuk order supplemen Shaklee hari ni masih dibuka lagi ya sehingga 28hb Mac ni untuk beri laluan kepada GST yang akan bermula 1 April 2015 ni.Jadi saya amat mengadu - alu kepada anda semua yang mengambil supplemen ni sebagai diet seharian bolehlah membeli ataupun menjadi ahli masa ini..Saya dengan berbesar hati menolong anda untuk jimat lebih sebelum 28hb ni..

Pm / whatsapp saya
012-8373981
Irene
Salam sayang!!


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews