Ahad, 29 Mac 2015

Tips tangani masalah buah pinggang!

Tahukah anda bahawa buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

Bagaimana kita dapat mengesan tanda awal penyakit ini?

♧ Perubahan dalam pembuangan air kencing;

1) Kerap kencing ataupun kadangkala kurang kerap kencing daripada biasa.

2) Terdapat darah apabila kencing

3) Terdapat buih ( menandakan kehadiran protein kerana renal yang bermasalah  tidak dapat menapis protein )

♧ Sering Letih

1 ) Gagal hasilkan hormon dan sel darah merah yang boleh menyebabkan keletihan.

2 ) Mengalami pembengkakan pada mana-mana bahagian anggota tubuh contoh kaki,buku lagi dan tangan.

3 ) Berlaku penakungan air.

♧ Tiada selera makan kerana berkumpulnya sisa buangan dalam badan yang banyak.
♧ Berasa sejuk sepanjang masa walaupun cuaca panas contohnya tengah hari yang terik.
♧ Berasa pening kepala
~ Berlaku kerana kepala kekurangan oksigen dalam salur darah ke otak.

8 Tips untuk mencegah sakit buah pinggang

1) Periksa tekanan darah secara berkala
~ Kita mampu mengetahui sekiranya tekanan darah normal ataupun ada kelainan.

2) Mengehadkan pengambilan garam & natrium dalam pemakanan seharian.Kita boleh ambil sedikit garam untuk kekalkan fungsi badan.

3) Beritahu doktor jika ada sejarah ahli keluarga yang menghidapi darah tinggi dan sakit buah pinggang.

4) Sentiasa ambil berat sekiranya ada perubahan  pada air kencing

5) Perhati gejala anemia(kurang darah merah)

6) Buat ujian air kencing dan darah  setahun sekali.

7) Kekal aktif iaitu 30 minit setiap hari,5 kali seminggu untuk bantu sistem kardiovaskular.

8) Minum banyak air kosong kerana boleh bantu bersihkan kotoran  dalam sistem perkumuhan.


Memperkenalkan Vivix sebagai agen antioksidan berkuasa!




Boleh membantu mengurangkan gejala-gejala penyakit buah pinggang ni dengan cepat..
Jika anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang supplemen Vivix ni bolehlah hubungi saya,Irene
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Daerah Tenom di talian whatapp 012-8373981


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews