Isnin, 14 Mac 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Kapilari Bocor

Jerawat : KAPILARI DARAH BOCOR? ��

Kalau tengok muka yang berjerawat kan, mesti merah merah, pastu picit keluar darah macam kena gigit nyamuk kan.

Sebenarnya berlaku keradangan pada salur darah kecil (kapilari) yang menyebabkan kapilari tersebut bocor.

Darah akan keluar ke tisu-tisu sekeliling dan menyebabkan jerawat, bengkak dan sakit.

Saya dah kuatkan salur darah saya supaya tak bocor menyebabkan jerawat dengan 2 BIJI VITAMIN C pagi ni.

Anda bagaimana? ��

Jom hindari jerawat sekarang!
Hubungi saya Puan Irene di talian 0128373981


Read more...

Rabu, 9 Mac 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Mengapa asid folik perlu sebelum hamil

KEPENTINGAN FOLIK ASID SEBELUM DAN SEMASA HAMIL

Ketika saya di Pahang dahulu, ada seorang ibu (orang asli) yang pernah kehilangan kandungan pertama, kedua dan ketiganya akibat kecacatan yang tidak boleh diselamatkan. Satu daripadanya adalah anencephaly (tiada kepala). Sejak itu, pakar sakit puan mewajibkan ibu tersebut mengambil supplemen folic acid setiap hari. Alhamdulillah, dengan izin Allah anaknya yang ke4 lahir sihat sempurna, bahkan ketika saya meninggalkan Kuantan dia sudah ada 3 orang anak (anak ke4 hingga ke6) yang sempurna fizikalnya :)


Rata-rata ibu mengandung disaran ke klinik untuk membuka “buku merah” pada minggu ke8-12 kehamilan. Saya juga suka ibu-ibu yang 'booking' pada waktu ini, sebab bila saya scan embrio akan kelihatan dengan lebih jelas bersama degupan jantungnya. Walau bagaimanapun, pada minggu ke8-12, proses organogenesis sudah lebih separuh jalan malah akan lengkap pada usia kandungan 12 minggu. Jadi bagi saya agak lewat jika ibu mengandung hanya mula mengambil supplemen folic acid pada waktu ini.

Jika dikira dari last menstrual period (hari pertama tarikh period terakhir), persenyawaan berlaku pada hari ke~14 (minggu ke-2), manakala penempelan berlaku pada minggu ke-4. Selepas penempelan:

Minggu ke-5: Perkembangan system saraf bermula membentuk otak dan saraf utama (neurogenesis). Ini diikuti pembentukan sistem tulang dan otot (musculoskeletal) dan jantung (cardiogenesis)

Minggu ke-6: perkembangan muka (organ di wajah termasuk mata, hidung, bibir dll), diikuti system pernafasan (respiratori), dan sebahagian usus.

Minggu ke-7: perkembangan jantung dan system pernafasan, organ pendengaran (telinga), hati, tali pusat dan sebahagian usus. Minggu ke-7 juga tangan dan kaki mula terbentuk.

Perkembangan in berlaku berterusan sehingga proses pembentukan semua organ selesai pada minggu ke-12.
Oleh sebab inilah, kekurangan folic acid pada trimester pertama boleh membawa natijah kecacatan kepada bayi seperti neural tube defect, cleft lip, cleft palate dan lain-lain.

WHO menyarankan supplemen folic acid mula diambil oleh wanita seawal 3 bulan sebelum mengandung. Bermaksud ketika anda mula merancang untuk hamil, anda sudah boleh mula mengambil folic acid tambahan. Bahkan di klinik kami, ketika seorang wanita hadir untuk saringan pra-perkahwinan, kami juga berikan folic acid sebagai persediaan.

Jangan segan pm saya untuk dapatkan supplemen kehamilan anda hari ini dengan harga TERBAIK! Jangan bertangguh, agar si kecil mendapat nutrien secukupnya untuk membesar sempurna.

*gambar pertama menunjukkan ultrasound scan pada usia kandungan 12 minggu, sudah lengkap terbentuk muka, tangan, kaki dan lain-lain.

Kredit testimoni dari Doktor Hana

Bagi para bakal ibu yang berkeinginan hamil sebaiknya mengambil asid folik sebagai persediaan untuk melengkapkan nutrien dalam tubuh si ibu.Shaklee telah menyediakan 1 rangkaian vitamin yang diperlukan iaitu set prenatal
Boleh hubungi saya untuk tempahan produk dan konsultasi kesihatan.

Pm/whatapp Puan Irene 0128373981
Poslaju/gdex seluruh Malaysia


Read more...

Khamis, 25 Februari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Aura kecantikan terserlah dengan Nutriwhite Shaklee

Aura kecantikan terserlah dengan set Nutriwhite Shaklee

Anda pernah membaca di akhbar,medium facebook mahupun melalui google ataupun daripada rakan-rakan tentang produk kecantikan yang sangat cepat berikan kesan pada kulit wajah? Saya sangat takut dan pernah juga mengalami sendiri pengelupasan sedikit demi sedikit pada kulit wajah.Mula tu ingatkan tidak memudaratkan tapi bila tengok pada label isi kandungan produk tersebut rupanya mengandungi hydrokuinone.Sejenis bleach yang membolehkan wajah mengelupas dan tampak lebih putih.Masa tu ingatkan kalau berwajah putih dah rasa cantik..Huhu..Jangan jadi macam saya ye...

Sekarang ni saya dah taknak terpedaya dengan iklan bagai lagi..Saya percaya kesan kulit bersih,kurang berminyak dan selesa pada kulit wajah itulah yang sebaiknya.Putih hanya 1 bonus.Tapi memang kalau guna set Nutriwhite ni wajah akan kelihatan bersih,pinkish dan putih.Sebab tulah saya sayangkan Nutriwhite ni..Hihi

Sekilas Info mengenai Nutriwhite Shaklee

✔ Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
✔ 3 tahun pembangunan produk
✔ Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
✔ Ujian yang menyeluruh
✔ Ramuan gabungan yang optimum
✔ Selamat dan berkesan
✔ Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti
✔ Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya

Bahan-bahan yang terdapat dalam NutriWhite Shaklee:

✔ Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:
✔ Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
✔ Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
✔ Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
✔ Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
✔ Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
✔ Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
✔ Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
✔ Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
✔ Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
✔ Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
✔ Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
✔ Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
✔ Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
✔ Marshmallow - melembapkan dengan tanin
✔ Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
✔ Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan

Set penjagaan wajah NutriWhite Shaklee mengandungi:

1. Gentle Deep Foam Cleansing
2. Soothing Radiance Whitening Softener
3. Daily Defense Whitening Essence
4. Ultimate Protection Whitening Lotion
5. Overnight Renewal Whitening Cream
6. Gentle Action Makeup Remover
7. Spot Whitening Treatment

Nak dapatkan 1 set ni memang digalakkan untuk kesan efektif.Namun boleh beli mengikut kemampuan kawan-kawan juga ye..Bulan ni beli cleanser dulu,kemudian beli toner dan essence secara peringkat.Best tau..lembut je kulit..rasa sejuk dan bersih..

Nak dapatkan konsultasi dan produk bolehlah hubungi saya Puan Irene di talian telefon/sms/whatapp 0128373981.Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini..Terima kasih kerana sudi membacanya..


Read more...

SHAKLEE TENOM SABAH:Testimoni Pengguna Vitamin C sr Shaklee

Salam damai dan selamat pagi semua

Ni adalah pengguna baharu vitamin c sr iaitu seorang anggota keselamatan yang bertugas di Semenanjung Malaysia.Kebiasaannya tugas beliau sebagai anggota keselamatan ni kena bertugas di luar kawasan,lasak dan pastinya terdedah kepada sinar matahari yang terik.

Beliau percaya dengan pengambilan vitamin c yang boleh membantu beliau kekal sihat dan menjaga kulit dari dalam mampu menolong beliau mendapatkan kesihatan terbaik dengan supplemen yang semulajadi ni.

Vitamin C  ni sangat semulajadi dan berfungsi untuk naikkan paras kolagen dalam kulit.Kolagen akan semakin berkurangan apabila kita terdedah kepada persekitaran yang mempunyai radikal bebas,pencemaran terutama daripada asap kenderaan,kilang dan lain-lain.

Gabungan teknologi moden akan memastikan vitamin C ini kekal dalam darah untuk tempoh 5 jam selepas diambil.

Antara fungsi aktif vitamin C ini ialah:

✔ Mengecutkan jerawat dengan cepat
✔ Mencerahkan kulit jerawat
✔ Memudarkan parut jerawat
✔ Menguatkan daya tahan kulit pada radikal bebas
✔ Membantu mengatasi masalah sendi

Nak cuba sebotol hari ini?Pm @ whatapp ke nombor telefon ini 0128373981 Puan Irene dan rasailah perbezaan hari ni.

Penghantaran poslaju/gdex di seluruh Malaysia,Brunei,Singapura dan Indonesia.
Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian pengguna baharu ni ya.Jumpa lagi!


Read more...

Selasa, 23 Februari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Mengapa saya memilih Omega Guard,minyak ikan tulen terbaik dunia

============================
FAQ : OMEGA GUARD ( Fish Oil/ Minyak Ikan )
============================

✿ Soalan 1 :  Saya mampu beli banyak ikan yang mahal-mahal untuk dapatkan Omega-3,EPA dan DHA dalam minyak ikan untuk anak saya . Buat apa nk beli Omega Guard ?

Jawapan # 1. Mungkin anda memberikan anak anda makanan yang kaya dengan Omega 3 dan DHA dan nutrien lain , makanan seperti akan tuna, salmon,makarel dan organ dalaman seperti hati. Selerakah kita untuk makan ikan setiap hari ? Bukan saja anak-anak tidak suka dengan makanan jenis ini, Malah makanan begini mengundang risiko kesihatan. Menurut Pertubuhan Jantung Amerika sesetengah ikan mengandungi jumlah merkuri dan plumbum yang berbahaya. Bahan cemar ini boleh menjejaskan perkembangan otak dan neurologi pada kanak-kanak  dan pekembangan janin dalam rahim. Boleh baca disini : http://bit.ly/9P69Yc

-------------------------------

✿ Soalan 2:  Saya tengok ada orang jual minyak ikan dalam soft kapsul mcm Omega Guard ni murah lagi dr Omega Guard.

Jawapan # 2. Ya benar , beratus-ratus jenis supplemen Omega 3 DHA dan EPA boleh ditemui di internet dan farmasi. Walau bagaimanapun, mengambil produk yang entah mana asal usulnya merisikokan diri anda.

o - Terdapat dua jenis makanan tambahan minyak ikan ;

i) Supplemen ● dibuat dari badan ikan adalah selamat.

ii) SUpplemen ● dibuat dari hati ikan, seperti minyak hati ikan kod, tidak selamat.

Kebanyakan minyak ikan yang dijual di farmasi dan internet mempunyai label "cod liver oil" . Hati ikan kod ini  mempunyai paras yg amat tinggi bentuk retinol vitamin A. Jumlah besar retinol boleh membahayakan otak anak kecil dan bayi dalam kandungan anda.

● Omega Guard Shaklee juga menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietri 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3  yang paling tulen & paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin & PCB (polychlirinated biphenyl- bahan kimia industri yang sangat toksid).

---------------------------------------------

✿ Soalan 3: Apa beza Shaklee dengan Top-top brand vitamin kanak-kanak lain ?

Kebanyakan Vitamin kanak-kanak dipasaran dicipta untuk menarik minat kanak-kanak , Vitamins yang sarat dengan pemanis tiruan, perisa, pewarna, aditif dan binders. Mengapa nak makan ikan di meja yang tercemar sedangkan ada yg bersih. Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang selamat dan berkesan tanpa syarat .

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM


Read more...

Ahad, 14 Februari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Wajib 1 rumah 1 Herbal Blend Cream

HERBAL BLEND CREAM

Membantu masalah berikut:

1)Ruam pada kulit bayi
Eczema.
2)Gatal-gatal pada kulit akibat gigitan serangga
3)Tumit kaki pecah
4)Mengelakkan gigitan nyamuk
5)Kulit kering (menggantikan losyen)
6)Mengelakkan parut campak dan chicken pox
7)Mengelakkan stretch mark
8)Alergi pada kulit
9)Jerawat
10)Melecur

Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti:

Sage
-Anti-bakteria, mengurangkan bengkak.

Horse Chestnut
-Bantu masalah eczema dan alergi pada kulit.

Yarrow
-Bantu sembuhkan luka, selesema, demam.

Rosemary
-Musuh serangga, nyamuk, ulat, lalat, kumbang.

✅Mendapat kelulusan KKM
✅Mempunyai sijil HALAL
✅Tidak mengandungi PARABEN
✅Diuji secara KLINIKAL

1 tiub 113 gram
RM 27.50 sahaja
Untuk kegunaan berbulan-bulan

Berbaloi-baloi!
Ingin dapatkan satu hari ini?Hubungi saya Puan Irene melalui telefon,sms ataupun whatapp 0128373981
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia


Read more...

Sabtu, 13 Februari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Tiada lagi kesan lecur

Ini Amir, suami @nadxoxo tersayang terbakar terkena api hari ke-4 Ramadhan 2015
.
Ketika baru sahaja terkena api, letak Basic H pada tempat terbakar. Kesemua tempat yang disapu Basic H, Alhamdulillah tidak menggelembung kulitnya dan tidak meninggalkan parut.
.
Warded di hospital 1 malam.
.
Selepas pulang ke rumah, terus consume secara konsisten:
.
1) Vit C 4 biji, Vita E 2 biji untuk membantu memulihkan sel-sel kulit
.
2) Ostematrix
4-6 biji sbgi penganti pain killer amir sbb masih terasa sakitnya
.
3) Collagen Powder
1 sachet pagi dan 1 sachet sebelum tidur bagi membantu melembapkan kulit dan melicinkan juga
.
4) Zinc
2-3 biji bagi membantu merawat luka melecur
.
5) Alfalfa
5 biji bagi mengawal tahap kegatalan dikawasan melecur
.
6) ESP & Performance Drink
2 kali sehari bagi membekalkan protein untuk badan disamping tidak bagi terhidrat
.
Alhamdulillah ketika raya wajah Amir memang tak nampak macam pernah terbakar pun :)

Testimoni pengguna;Encik Amir

Syukur beliau telah mengamalkan supplemen dengan konsisten dan hasilnya memang tiada kesan lecur dan juga parut pada kulit Encik Amir.

Dapatkan produk kesihatan terbaik hanya di Shaklee dan sememangnya terbukti selamat,tiada bahan kimia berbahaya dan sangat mesra alam.

Hubungi saya Puan Irene di talian 0128373981 penghantaran poslaju seluruh Malaysia


Read more...

Rabu, 3 Februari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Bawaan nyamuk menyebabkan virus Zika

Virus zika dikhabarkan telah sampai ke Republik Indonesia khasnya di Jambi namun wabak penyakit tersebut masih belum dipastikan oleh WHO.Mari kita berdoa semoga ianya hanyalah demam denggi dan bukannya virus bawaan nyamuk.Di sini saya kumpulkan data tentang virus zika yang telah menggemparkan penduduk dunia.


Apa Itu Virus Zika? Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.
tanda virus zika
Apa Itu Virus Zika
Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

    Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Info Virus Zika
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-

    Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
    Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
    Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
    Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
    Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
    Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika
Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-

    Sakit kepala
    Ruam pada kulit
    Sakit sendi
    Mata kemerahan

Cara Rawatan
Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan Virus Zika
kesan Virus Zika
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Status Terkini Virus Zika Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Sumber Astro Awani dan FB KKM


Read more...

Isnin, 1 Februari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Apa kesan Hydrokuinone pada manusia

APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.


Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?

Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4 - 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 - 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar di atas). Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA

-          Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

-          Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

-          Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

-          Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.

-          Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.

-          Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

APAKAH ITU TRETINOIN?

Merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris).

KESAN SAMPINGAN TRETINOIN

-          Rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitive kepada cahaya ultra violet.

Kesan jangka panjang produk yang mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaanya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerah-merahan selepas memakainya.

Dan nasihat yang dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

Kenyataan ini diambil dari laman web Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.


Read more...

SHAKLEE TENOM SABAH:Hindari produk kosmetik hydrokuinone

Pemutih kulit instant

Sekarang ni terkenal produk pemutih kulit wajah instant iaitu dengan kenyataan " 3 hari sahaja,dalam masa 7 hari sahaja".Agak menakutkan sebenarnya untuk jangka masa panjang.Kita kena peka dengan apa yang gunakan terutama produk penjagaan kulit wajah.

Bahan kimia hydrokuinone yang terdapat dalam produk pemutih kulit wajah instant ni sangatlah merbahaya kerana ianya akan mengelupaskan lapisan luar kulit dan menganggu melanin pada lapisan tersebut.Di Malaysia penggunaan hydrokuinone hanya 2% dibenarkan dan jika melebihi 4% kesannya boleh dilihat menyebabkan kulit bermasalah seperti jeragat yang teruk dan kesan kusam.

Mengapa pilih produk yang murah sedangkan kulit wajah kita akan mendapat kesan jangka panjang amat menakutkan sehingga boleh menjejaskan penampilan,kerosakan organ dalaman seperti jantung,buah pinggang dan hati.

Pilihlah produk kecantikan yang terbukti berada lama di pasaran,penyelidikan terperinci oleh para saintis dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa.

Dengan Shaklee anda tidak perlu was-was kerana ianya selamat tanpa menggunakan bahan terlarang dalam farmaseutikal.Anda akan berpuashati dengan produk Enfuselle dan Nutriwhite yang sangat efektif,selamat dan bebas daripada bahan kimia kerana intipatinya terditi daripada bahan semulajadi sahaja.

Hubungi saya pengedar sah Shaklee anda:Irene 0128373981
Penghantaran poslaju/gdex seluruh Malaysia.


Read more...

Khamis, 28 Januari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Ibu risau anak kurang makan makanan berkhasiat?

Ibu mana yang tidak susah hati bila anak sangat pemilih makanan?Ini tidak suka,kurang sedap ada bau yang kurang enak dan pelbagai alasan lagi membuatkan si ibu pening kepala bila nak sediakan hidangan buat si manja.Macam mana nak dapatkan khasiat dari sumber buah-buahan,sayuran dan daging kan.Di sini saya kongsikan apa khasiat yang terkandung dalam sebotol Vitalea for children.

KELEBIHAN VITA-LEA UNTUK KANAK-KANAK HEBAT

���� Vitamin A – berfungsi untuk memperbaiki tisu, tulang, dan membantu mengatasi masalah mata.

���� Vitamin B6 – Meningkatkan daya fikir anak-anak

����Vitamin B 12 – Memperbaiki sistem saraf kanak-kanak dengan lebih baik

���� Vitamin C– Penting untuk pembentukan tulang, meransang pertumbuhan kolagen untuk tulang, meransang pertumbuhan tisu penyambung yang sihat dan kuat.

����Vitamin D – membantu menguatkan gigi, tulang, gusi dan membantu menyerap kalsium dengan lebih baik.

����Vitamin E – Memelihara sel darah merah agar sentiasa sihat dan mengelakkan sel dan tisu badan menjadi rosak.

����Kalsium – membina tulang yang kuat dan mengelakkan gigi cepat rosak dan menguatkan gigi.

����Folate – Berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.

���� Niacin – Membekalkan tenaga untuk anak-anak supaya sentiasa cergas setiap hari dan lebih tumpuan terhadap sesuatu perkara.

���� Biotin – Menyuburkan rambut dan kuku serta menjadikan rambut anak lebat dan cantik.

���� Zinc – Meningkatkan sistem imun kanak-kanak, tidak mudah dijangkiti penyakit, dan jika sakit proses penyembuhan adalah cepat.

���� Iron – Membina otot yang sihat dan kekurangan iron boleh membantutkan proses “baligh” atau kematangan anak-anak.

���� Riboflavin – Sangat baik untuk penglihatan kanak-kanak.

���� Thiamin B1 – Menjadikan anak tidak cepat letih dan bertenaga.

���� Iodin -Kekurangan iodin akan menyebakan IQ anak lemah dan iodin menjadikan otak anak cerdas.

���� Magnesium– Sangat diperlukan tubuh badan kanak-kanak terutamanya bagi kanak-kanak yang menghidap autisme.

���� Pantontenic Acid B5 – Menghasilkan sel darah merah yang baik.

���� Copper – Membantu membentuk sel darah merah dan menjaga saluran darah, saraf, sistem imun yang sihat dan pembentukan tulang kanak-kanak.

��Kenapa Kanak-kanak Perlukan Multivitamin��

Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak merupakan insan yang cerewet terutamanya dalam soal pemakanan.

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang seimbang.

Jika amalan pemakanan seharian tidak seimbang, boleh menyebabkan penyakit bertandang dan tidak sihat.

Jika ingin mendapatkan sebotol hari ini boleh hubungi saya pengedar sah Shaklee kawasan Tenom,Sabah dan poslaju seluruh Malaysia,Brunei,Singapura dan Indonesia.Bulan ni masih berlangsung lagi promosi Vitalea for Children percuma 1 botol jika membeli 3 botol.

Telefon/sms/whatapp
Irene 012~8373981
#Kesihatanadalahkekayaan
#VitaleaForChildrenPromotion
#ShakleeTenomSabah


Read more...

Isnin, 18 Januari 2016

Hobi baru saya dan anak-anak

Hai semua

Baru-baru ni saya ada nampak post dari kawan-kawan FB yang menayangkan hasil colouring mereka..Wah,sangat cantik dan berseni.Apalagi saya dan anak-anak berpakat mencari buku mewarna ni di kedai walk in shop di Pekan Tenom.Akhirnya jumpa juga.Tidak lah mahal sangat.Dalam rm1.30 yang kecil dan yang bersize a4 hanya rm1.90.Ok lah juga harga yang ditawarkan tu

Jika ada kawan-kawan di sini yang nak ada hobi baru macam kami bolehlah mendapatkan buku-buku macam ni di kedai barang buatan China walk in shop ataupun kedai one stop di seluruh Malaysia.Terlajak murah kan..Hihi
Lepas ni kedai bertabah hati nak menajamkan pensel warna ni.Huhu..
Ok itu saja nak cerita hari ni.Kalau nak buat tempahan Shaklee setiap hari ada tanpa henti ok..Nak bantu kawan-kawan sihat di tahun 2016 ni.

Pm/whatapp Irene 012~8373981
Penghantaran poslaju/gdex seluruh Malaysia


Read more...

SHAKLEE TENOM SABAH:Inilah Dr.Forrest C Shaklee,perintis Shaklee

Inilah Dr.Forrest C Shaklee

Beliau perintis produk kesihatan terkemuka dunia sejak 100 tahun lalu di Amerika.Penemuan pertama beliau iaitu mineralized vitalea dan sabun pencuci pertama yang mesra alam iaitu Basic H telah membantu ramai orang hidup sihat dan membersih rumah dengan lebih efektif.

Legasi beliau diteruskan di seluruh dunia sehingga kini telah melahirkan ramai pakar nutrisi bertaraf jutawan.
Shaklee terbukti selamat,berkesan dan mesra alam��

Ingin mendapatkan produk kesihatan,kecantikan dan penjagaan rumah yang terbaik,mesra alam,bebas bahan kimia dan terbukti berkesan?
Hubungi saya Irene 012-8373981
Penghantaran poslaju/gdex seluruh Malaysia


Read more...

Ahad, 17 Januari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH: Kisah benar pengguna Vivix sejak 2009

Kisah Penyembuhan Vivix -  Buah Pinggang Sembuh dan Transplant Dibatalkan

Karen Sandifer, bekas penyelia Home Health Care, berkongsi kisah ini mengenai Brandy (sahabatnya) dan Vivix. Brandy dah bersedia  diberikan satu buah pinggang dia kepada suami kerana suaminya mengalami kegagalan buah pinggang tahap 4 dengan buah pinggang polisistik.

"Tony mula mengambil Vivix sejak Febuari 2009 dan cuba teka? Kami pergi berjumpa pakar buah pinggang untuk membuat ujian supaya saya boleh memberikan buah pinggang dan sebahagian hati saya, kerana dia berapa pada tahap tinggi (4) kegagalan buah pinggang dengan buah pinggang polisistik. Jika tahap 5 anda perlu dialisis untuk terus hidup. Jadi kami mahu melakukan pemindahan organ sebelum dia terpaksa hidup dengan dialisis.

"Apabila mereka melakukan ujian darah, kami diberitahu yang dia berada pada tahap 2 atau tahap 3 rendah, dan seterusnya menghentikan dia dari meneruskan diet untuk buah pinggang, dia tidak memerlukan ubat-ubatan untuk tekanan darah lagi dan boleh menikmati hidupnya kembali, kerana dia mempunyai masa bertahun lagi sebelum perlu memikirkan untuk menjalani hidup dengan dialisis! Berdasarkan kata pakar yang berunding dengan kami, kesemua mereka mengatakan TIADA PENAWAR!

Mostly Malaysian people takut nak mencuba mengambil supplement disebabkan rasa takut terdapat sebarang kesan sampingan yang tidak baik selepas pengambilan supplement. That is why saya always tekan kan pengambilan supplement memang sangat digalakkan but you have to make sure supplement yang you ambil adalah NATURAL INGREDIENTS and that is what Shaklee offers :)

Andai kita ada chronic illness tidak rugi jika kita laburkan lebih wang kepada supplement yang disokong secara penyelidikan dan sains moden. Vivix merupakan tonik anti penuaan yang berupaya mengembalikan tubuh sehingga 25 tahun lebih muda. Master Law adalah contoh yang mengagumkan sebagai pengguna produk Shaklee untuk jangka panjang.

Jika ada anda berminat nak mencuba sebotol vivix hari ini,segera hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi produk ini.Vivix adalah produk premium Shaklee yang sangat membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda.

Hubungi saya pengedar sah Shaklee anda Irene
Pm/whatapp 012-8373981
Penghantaran poslaju/gdex seluruh Malaysia,Singapore,Brunei dan Indonesia


Read more...

Sabtu, 16 Januari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Kopi tidak boleh diminum

Kopi tidak dibenarkan apabila mengambil sebarang supplemen

Harus diambil perhatian sepenuhnya bahawa pengambilan kopi,teh dan milo tidak digalakkan kerana mengandungi kafein yang boleh menganggu penyerapan vitamin kedalam tubuh.Ianya akan dikeluarkan semula melalui peluh dan air kencing.Kan dah membazir tu..Sebaiknya meminum air putih dengan kadar yang banyak.



Kafein bersifat menguraikan zat zat aktif yang ingin diserap dalam tubuh badan. Antara zat aktif yg mudah terurai adalah Vit C.

Contoh: Anda bangun pagi & makan Vit C bersama kafein (teh,kopi,air karbonat).Vit C akan keluar bersama-sama dgn air kencing.Jadi rugi la anda ambil zat aktif.

Majoriti Suplemen tidak  galakkan kafein ataupun jika boleh elakkan terus kafein. Pastikan air putih diambil secukupnya. 1liter untuksetiap 25kg berat badan.

Ingin mendapatkan vitamin Shaklee dari saya?
Hubungi sayanpengedar Sah Shaklee kawasan Tenom Sabah melalui telefon,whatapp atau sms ke 012~8373981 Irene..
Perkhidmatan poslaju seluruh Malaysia


Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews