Rabu, 9 Mac 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Mengapa asid folik perlu sebelum hamil

KEPENTINGAN FOLIK ASID SEBELUM DAN SEMASA HAMIL

Ketika saya di Pahang dahulu, ada seorang ibu (orang asli) yang pernah kehilangan kandungan pertama, kedua dan ketiganya akibat kecacatan yang tidak boleh diselamatkan. Satu daripadanya adalah anencephaly (tiada kepala). Sejak itu, pakar sakit puan mewajibkan ibu tersebut mengambil supplemen folic acid setiap hari. Alhamdulillah, dengan izin Allah anaknya yang ke4 lahir sihat sempurna, bahkan ketika saya meninggalkan Kuantan dia sudah ada 3 orang anak (anak ke4 hingga ke6) yang sempurna fizikalnya :)


Rata-rata ibu mengandung disaran ke klinik untuk membuka “buku merah” pada minggu ke8-12 kehamilan. Saya juga suka ibu-ibu yang 'booking' pada waktu ini, sebab bila saya scan embrio akan kelihatan dengan lebih jelas bersama degupan jantungnya. Walau bagaimanapun, pada minggu ke8-12, proses organogenesis sudah lebih separuh jalan malah akan lengkap pada usia kandungan 12 minggu. Jadi bagi saya agak lewat jika ibu mengandung hanya mula mengambil supplemen folic acid pada waktu ini.

Jika dikira dari last menstrual period (hari pertama tarikh period terakhir), persenyawaan berlaku pada hari ke~14 (minggu ke-2), manakala penempelan berlaku pada minggu ke-4. Selepas penempelan:

Minggu ke-5: Perkembangan system saraf bermula membentuk otak dan saraf utama (neurogenesis). Ini diikuti pembentukan sistem tulang dan otot (musculoskeletal) dan jantung (cardiogenesis)

Minggu ke-6: perkembangan muka (organ di wajah termasuk mata, hidung, bibir dll), diikuti system pernafasan (respiratori), dan sebahagian usus.

Minggu ke-7: perkembangan jantung dan system pernafasan, organ pendengaran (telinga), hati, tali pusat dan sebahagian usus. Minggu ke-7 juga tangan dan kaki mula terbentuk.

Perkembangan in berlaku berterusan sehingga proses pembentukan semua organ selesai pada minggu ke-12.
Oleh sebab inilah, kekurangan folic acid pada trimester pertama boleh membawa natijah kecacatan kepada bayi seperti neural tube defect, cleft lip, cleft palate dan lain-lain.

WHO menyarankan supplemen folic acid mula diambil oleh wanita seawal 3 bulan sebelum mengandung. Bermaksud ketika anda mula merancang untuk hamil, anda sudah boleh mula mengambil folic acid tambahan. Bahkan di klinik kami, ketika seorang wanita hadir untuk saringan pra-perkahwinan, kami juga berikan folic acid sebagai persediaan.

Jangan segan pm saya untuk dapatkan supplemen kehamilan anda hari ini dengan harga TERBAIK! Jangan bertangguh, agar si kecil mendapat nutrien secukupnya untuk membesar sempurna.

*gambar pertama menunjukkan ultrasound scan pada usia kandungan 12 minggu, sudah lengkap terbentuk muka, tangan, kaki dan lain-lain.

Kredit testimoni dari Doktor Hana

Bagi para bakal ibu yang berkeinginan hamil sebaiknya mengambil asid folik sebagai persediaan untuk melengkapkan nutrien dalam tubuh si ibu.Shaklee telah menyediakan 1 rangkaian vitamin yang diperlukan iaitu set prenatal
Boleh hubungi saya untuk tempahan produk dan konsultasi kesihatan.

Pm/whatapp Puan Irene 0128373981
Poslaju/gdex seluruh Malaysia


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews