Rabu, 3 Februari 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Bawaan nyamuk menyebabkan virus Zika

Virus zika dikhabarkan telah sampai ke Republik Indonesia khasnya di Jambi namun wabak penyakit tersebut masih belum dipastikan oleh WHO.Mari kita berdoa semoga ianya hanyalah demam denggi dan bukannya virus bawaan nyamuk.Di sini saya kumpulkan data tentang virus zika yang telah menggemparkan penduduk dunia.


Apa Itu Virus Zika? Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.
tanda virus zika
Apa Itu Virus Zika
Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

    Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Info Virus Zika
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-

    Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
    Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
    Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
    Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
    Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
    Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika
Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-

    Sakit kepala
    Ruam pada kulit
    Sakit sendi
    Mata kemerahan

Cara Rawatan
Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan Virus Zika
kesan Virus Zika
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Status Terkini Virus Zika Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Sumber Astro Awani dan FB KKM


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews