Khamis, 9 Julai 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Esp untuk kesihatan

Siapa yang tidak kenal dengan ESP?Produk yang sudah 50 tahun berada di pasaran.Sangat sesuai diambil oleh semua individu dari lelaki,perempuan,remaja,ibu mengandung,melahirkan bayi sehinggalah yang baru lepas menjalani pembedahan.

Sedikit sebanyak tentang esp yang saya kongsikan dalam blog ni ialah ;

Kacang soya ini diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia atau alkohol) dan dengan menggunakan suhu yang rendah bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Setiap satu tin (850gm) protein soya Shaklee dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan tenaga segera yang boleh bertahan lama.

Mengandungi 22 jenis asid amino dan ESP adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ESP sangat sesuai diambil oleh penghidap kencing manis.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh badan. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol.

Fungsi utama Esp ni juga adalah untuk meremajakan kulit kita dalam masa 21 hari,menganjalkan kulit,membaiki sistem dalaman terutama sel,membaiki sistem pencernaan dengan menguraikan protein yang kompleks..

Dalam gambar yang saya sertakan ni adalah kombinasi  esp dengan vitamin serta set yang sesuai..
Saya amat mengesyorkan kepada anda semua mencuba kebaikan esp ni dan dapatkan hasil yang terbaik melalui konsultasi yang akan saya berikan.
Hubungi saya segera : 012-8373981 Irene
Penghantaran seluruh Malaysia


Read more...

Rabu, 8 Julai 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Keistimewaan Shaklee

Keistimewaan Shaklee


Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

300k USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekspedisi Artik Antarabangsa
54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat


Semua sebab inilah mengapa produk Shaklee terkenal di seluruh dunia  & dipercayai selama 100 tahun sejak tahun 1915. Jadi lah pengguna bijak dengan memilih rangkaian produk terunggul hanya di Shaklee
Jika anda ingin membeli produk Shaklee bolehlah hubungi saya di talian 012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia


Read more...

Selasa, 7 Julai 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:Legakan sakit sendi

Salam sejahtera!
Sihat hari ni?Syukurlah,untuk kesihatan yang baik dalam  kehidupan yang semakin mencabar ini kita seharusnya selalu memanjatkan kesyukuran kepadaNya.Hari ni saya nak kongsikan tentang set sendi daripada produk pilihan ramai terutama untuk emak ayah serta warga emas.Apatah lagi pada bulan Ramadhan ni emak ayah kita ingin bertarawih di surau ataupun masjid.Jadi inilah peluang kita dengan  memberikan vitamin yang boleh mengurangkan rasa sakit pada lutut dan sendi mereka..

Arthritis - Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa sekalipun puncanya, ianya nyata sangat membebankan kita. 

Rheumatoid arthritis (RA) 

•Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.
 •Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA .
Osteoarthritis (OA)
 •Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain. 
•Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.
Seliuh
•Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 
•Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.
Tendinitis
•Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon. •Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

Simptom-simptom sendi yang tak sihat: 

》   Ketegangan
》  Lenguh
》   Bengkak 
》  Kesakitan 
》   Berkeriut atau bunyi klik bising

Apabila usia kita semakin meningkat, tulang-tulang akan hilang kalsium & lain-lain mineral. Jadi, kepadatan tulang juga akan berkurangan. Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis & mampat. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi lebih keras & kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang & tulang rawan mula menggosok antara satu sama lain & menyebabkan kesakitan.

Ada beberapa cara untuk melegakan kesakitan sendi:

   ●Ubat atau suntikan - Melegakan kesakitan & keradangan untuk sementara & merosakkan organ-organ dalaman
   ●Pembedahan -
mahal & pergerakan terhad
   ●Pengambilan supplemen 



     Untuk memelihara sendi, Shaklee menawarkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang terdiri daripada AJHT, Omega Guard & Ostematrix. Set ini bertindak dengan 3 cara:

1)   Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat

■■■AJHT

mengandungi glukosamina yang menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi dengan meningkatkan kesan kusyen & memelihara tisu penyambung yang sihat

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

2)   Mengurangkan keradangan 

■■■Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan, mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi & bertindak sebagai pelincir (membantu anda bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit). Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

3)   Mengekalkan sel tulang yang sihat

■■■Ostematrix mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen), magnesium (Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya),vitamin D (merangsang penyerapan kalsium),boron (bantu dalam metabolisma tulang),mangan,kuprum & zink (mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang) 


Set sendi ni amatlah berbaloi dengan harganya.Kesihatan emak ayah kita tidak ternilai dan sepatutnya kita sebagai anak menghadiahkan mereka sesuatu yang terbaik untuk kesihatan mereka.
Jika anda ingin mendapatkan set sendi ini bolehlah hubungi saya di talian 012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia
#pengedarsahshakleetenomsabah!
#setsendi
#kesihatanadalahkekayaan!


Read more...

Isnin, 6 Julai 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Kawal tekanan & obesiti dengan B Complex

Salam sejahtera..

Stres @ tekanan serta obesiti saling berkait rapat di antara satu dengan yang lain?

Antara salah satu faktor stres yang saya nampak pada masa kini ialah disebabkan tekanan kerja yang banyak di pejabat sehingga apabila dibawa balik mengakibatkan cenderung marahkan anak,suami malah ahli keluarga yang lain..Dulu saya pernah mengalami stres dari tempat kerja kerana kesibukan bertemu pelanggan di kaunter,kerja banyak dan arahan dari pihak atasan yang menambahkan lagi kepeningan saya.Rasa macam nak lari saja dari semua ni..Mujurlah semasa mengandung pada hujung tahun 2013 saya di perkenalkan dengan produk berkualiti ni.

Dalam bekerja siang hari dan apabila balik petang nak uruskan anak dan rumah tangga lagi memang agak penat apalagi masa tu bayi saya masih menyusu badan dan bangun setiap 2 jam sekali.Saya sebenarnya kalau hendak menyusukan bayi dengan susu badan ni kena duduk sebab tidak selesa nak menyusu sambil berbaring...Lepas tu bila nak baringkan semula kena jaga kalau baby selesa tidur nyenyak baru lah saya baring semula.Macam tu lah sepanjang saya menyusukan bayi saya semua..sekarang ni dah ada baby keempat!

Bila dah selalu penat,tekanan di tempat kerja lagi..Saya cenderung makan lebih banyak..Kadang tu makan tengah hari makan sepinggan nasi dengan lauk,jam 3 petang makan makanan ringan @ junk food,minum pula minuman berkarbonat..Sebab rasa seronok makan banyak junk food ni.Kadang kala kawan-kawan pakat beli ice blended yam flavored dengan puding kelapa. Masa tu memang saya kelihatan gemuk walaupun tidak lah mencapai tahap obes. Tapi bmi dah lebih daripada berat sepatutnya..sedih tau

Jadi apabila saya dah study produk shaklee ni terutama b complex saya mendapati bahawa manfaat utamanya menukarkan makanan kepada tenaga. Nutrien makanan yang saya ambil jika berlebihan b complex akan tukarkan karbohidrat kepada tenaga menjadikan saya dapat bekerja lebih produktif sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

Selain itu dengan pengambilan b complex ni saya dapat memastikan kesihatan fungsi saraf dapat dipertingkatkan sekaligus meredakan sakit kepala,tekanan,kemurungan dan insomnia. Apabila kesihatan mental di perbaiki,saya dapat mengurangkan keinginan untuk makan makanan ringan secara perlahan-lahan.Ini dapat dilihat apabila berat saya walaupun tidak kepada bmi yang sepatutnya namun jauh lebih baik dari sebelumnya.


Jika ingin mencuba sebotol hari ni saya cadangkan kepada anda rebutlah peluang dapatkan 4 botol sekaligus dengan harga yang jimat kerana bulan ni B complex menawarkan pakej yang menarik dan boleh digunakan lebih lama lagi..
Hubungi saya,Pengedar Sah  shaklee kawasan daerah Tenom,Sabah,pengeposan seluruh Malaysia melalui whatapp/ telefon 0128373981 Irene


Read more...

Sabtu, 4 Julai 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:10 kebaikan B Complex

Bulan ni ada promosi beli 3 percuma 1 vitamin B Complex tau..Ini adalah salah satu vitamin kesukaan  saya yang membekalkan  sumber B Complex yang paling lengkap di pasaran.Di sini saya kongsikan mengapa B complex Shaklee terbaik..

Apakah B Complex ?

B complex yang bagus spatutnya lengkap terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1),riboflavin
acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?

1) untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan
2) Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran
3) Menukarkan makanan kepada tenaga dengan menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein
4) Mencegah kanser serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina iaitu tulang belakang bagi foetus
5) menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik.
6) Membantu menyuburkan folikel rambut
7)Menjadikan wajah awet muda
8)Dapat memperbaiki daya tumpuan (fokus)
9)Membaiki DNA manusia
10) Memperbaiki tahap kesuburan manusia

Sesiapa pun boleh mengambil vitamin B Complex ni dari kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas sehinggalah kepada ibu mengandung,ibu berpantang,lelaki,wanita dan warga emas.
Ingin dapatkan satu hari ni?Jom Pm / whatapp 012-8373981 Irene
Saya boleh bantu anda membuat tempahan vitamin Shaklee @ daftar sebagai ahli seumur hidup untuk lebih jimat!


Read more...

Khamis, 2 Julai 2015

SHAKLEE TENOM SABAH: Promosi bulan Julai ini

Selamat menyambut hari kedua dalam bulan Julai!
Masih belum terlambat lagi saya nak perkenalkan Vivix,B complex & vitalea kanak2 sebagai hot item sepanjang bulan ni...


Promosi vivix
☆ Beli 7 botol dengan harga 6 botol!

Promosi B complex
☆ Beli 4 botol dengan harga 3 botol!

Promosi Vitalea kanak-kanak
☆ Beli 4 botol dengan harga 3 botol!

Ingin menjadi ahli Shaklee?
Dapatkan konsultasi percuma selepas belian produk shaklee dari saya..
Hanya pm/whatapp/telefon saya
012-8373981 Irene
Sila berkunjung ke fanpage fb saya:Irene vitamin
Fb:Irene Chew


Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews